CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Isteri dakwa suami kerja 2 bulan tanpa cuti, kerja lebih masa tak dibayar... Masuk lewat 4 minit kena bayar denda

5-11-2025 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 603| Komen: 3

 


TULAR di media sosial luahan seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan peraturan ditetapkan syarikat tempat suaminya bekerja yang mana staf didenda jika lewat hadir.

Dakwa wanita ini, suaminya terpaksa membayar denda lebih RM100 setiap bulan gara-gara terlewat daftar masuk kerja.

Dia berpandangan, suami tidak membuat kesalahan besar kerana hanya terlewat beberapa minit selepas waktu masuk yang ditetapkan syarikat.

"Gila betul syarikat suami aku ni, tak silap sebelum ini kalau terlambat lebih empat minit kena denda RM40.

"Sebelum ini, setiap bulan suami aku kena bayar RM100 lebih sebab lambat. Jadi bulan ini dia serik dan pergi kerja awal.

"Tapi apabila gaji nak keluar, kena potong juga RM100 sedangkan tiada lambat," dia bercerita di Thread.

Lebih merunsingkan apabila dia turut mendedahkan pendapatan asas suaminya adalah RM1,500 sedangkan kerajaan telah menetapkan gaji minimum RM1,700 sebulan, bermula Februari lalu.


"Kata (syarikat) bulan Ogos dah naik pada RM1,700 tapi tak ada, gaji asas tu lepas tolak KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan lain-lain tinggal RM1,300 je," tambahnya, memperincikan gaji bersih yang diterima suami.

Mengakui hairan dengan peraturan tersebut, pengadu turut mempersoalkan sekiranya terdapat syarikat lain yang mengamalkan konsep seumpamanya.

Bukan itu sahaja, dakwa wanita ini lagi, suaminya juga tidak mempunyai waktu cuti yang tetap selain perlu bekerja lebih masa tanpa bayaran.

"Setiap bulan cuti tak tetap, bulan ni boleh cuti Ahad tapi bulan depan tak boleh pula dan kena kerja hari-hari.

"Gaji masih sama dan tidak dikira OT (kerja lebih masa) sedangkan sebelum kerja situ, memang dia (suami) dimaklumkan tentang cuti setiap Ahad, kerja 9 pagi hingga 6 petang.

 

"Lepas masuk, tiba-tiba ada bulan yang tak boleh cuti langsung dan kena balik lepas pukul 6.30 petang," adunya lagi.

Lebih mengejutkan apabila dia turut mendedahkan suaminya pernah bekerja tanpa cuti dan balik kerja lewat selama dua bulan berturut-turut.

Luahan tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang rata-rata menganggap tindakan majikan itu sebagai tidak munasabah dan menindas pekerja bawahan.

Tidak kurang juga yang memintanya membuat laporan kepada Jabatan Buruh supaya tindakan tegas dapat dikenakan terhadap syarikat berkenaan.


Sumber: mStar

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 5-11-2025 04:41 PM
banyak kes macam ni sebenarnya, report pun tak jalan

company sentiasa menang sebab berduit. staff sentiasa salah dan dijadikan kambing hitam

unpaid work is just slavery
Quote ipes2 19-11-2025 04:13 AM
kesiannya, laporan pada Labour Dept; kita ada undang2 tau.
sian kene denda lagi, gaji tk bayar lagi
company apa mcm ni
Quote ZORRO5555 24-12-2025 08:03 PM
Moga dpt kerja baru

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.246680 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top