|
BINTANG realiti, Kim Kardashian membuat pendedahkan dia pernah menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) ChatGPT bagi semasa tempoh pengajiannya dalam bidang undang-undang. Menurut Kim jalan tersebut dimanfaatkan untuk mendapatkan kepastian bagi setiap persoalan yang timbul. Namun kaedahnya yang digunakan itu tidak selalunya membantu, sebaliknya memberi kesan buruk apabila dia mendapat markah rendah dalam ujian. “Kalau saya nak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, saya akan ambil gambar dan masukkan ke dalam ChatGPT. "Tapi ia selalu buat saya gagal ujian. Kemudian saya akan marah dan jerit padanya.
"Ia seperti mengajar anda supaya percaya pada diri sendiri. Anda sebenarnya sudah tahu jawapannya," ujarnya. Pada Mei lalu, Kim akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang. Menurut Kim dia tidak menamatkan pengajian tersebut di kolej mahupun universiti sebaliknya menggunakan program perantis California melalui sebuah syarikat guaman di San Francisco, Amerika Syarikat. Difahamkan, peperiksaan California Bar yang sedang diambil oleh Kardashian mengandungi lima esei selama satu jam setiap satu, satu ujian prestasi selama 90 minit, serta 200 soalan aneka pilihan. Sumber: mStar |

liyamariska: ai rasa kimk ni kekonon amik law bagai sbb mungkin karier dia skrg sebagai selebriti cam merudum kot... terinspirasi dari mendiang apaknya yg merupaka ...
ADVERTISEMENT