Oleh Izzah Abbasy
Teringat pepatah orang-orang tua, “nak jaga lembu sekandang lebih senang daripada jaga seorang anak perempuan”. Anak-anak perempuan sekarang bukannya boleh ditegur. Salah tegur, merajuk dan mulalah nak bawa diri. Jika ada kenalan atau teman lelaki pula, lagilah tak dengar cakap. Kemudian, asyik keluar ber'dating' sahaja. Kisah 'Teman Tapi Mesra' yang menjadi viral awal Januari lalu membuatkan netizen mengeji tindakan mereka. Seakan tiada rasa malu apabila bercuti bersama-sama sedangkan mereka di bawah umur dan sepatutnya masih di bawah jagaan ibu bapa. Kerana susahnya mendidik anak-anak perempuan, pahalanya juga luar biasa. Nabi Muhammad SAW menerangkan bahawa kesabaran mendidik anak perempuan akan menjadi tabir penghalang dari api neraka. Diriwayatkan dari Uqbah bin Nafie ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa memiliki tiga anak wanita kemudian ia sabar atas (merawat dan mendidik) mereka serta ia memberi makan dan minum mereka dari apa-apa yang ia dapatkan maka anak-anak wanita tersebut akan menjadi penghalang baginya dari api neraka di hari kiamat.” (HR. Ahmad) Memetik pandangan Warga Prihatin ; Antara isu penting untuk difikir dan dibendung ialah, 1. Teruna dan dara 'bercuti bersama' 2. Langkawi tempat 'kesawitan cinta' dan menyempurnakan zina.. 3. Langkawi tempat bertapa sementara untuk melahirkan bayi zina. 4. Tudung hanya di sekolah sahaja. 5. Lebih 30% pasangan berkahwin bercerai. Apatahlagi sekadar cinta. 6. Inilah rata-rata calun ibu dan ayah kepada anak cucu kita. Untuk bercuti perlukan duit belanja dan izin daripada ibubapa. Dari manakah mereka dapat dana dan izin itu? Inikah hasil daripada kerja keras ibubapa mencari rezeki? Inikah anak-anak yang bakal menunggu kita di syurga nanti? Kita tidaklah menuduh adik-adik ini berzina kerana itu hanya mereka yang tahu. Tetapi pergaulan bebas seperti ini lebih kepada mendekati zina dan itu amat dilarang Allah SWT. Gejala sosial umat ini sudah cukup teruk sekarang. Janganlah ditambah lagi. Cegahlah selagi boleh sebelum semuanya 'terlanjur'. Perhatikan berapa banyak kes buang bayi dan gejala sosial yang terjadi di Langkawi. Jadi, siapakah yang harus dipersalahkan dalam isu ini? Fikir-fikirkanlah! - CARI Infonet
|
15
Bagus |
6
Marah |
17
Terkejut |
7
Sedih |
14
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sarahmirza: Stupid question.Salahkan diri sendiri yang gagal mendidik anak-anak, tak kira samada anak lelaki atau anak perempuan.
ADVERTISEMENT