CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Suami ceraikan isteri hamil melalui ‘voice note’ WhatsApp, berang diperiksa doktor lelaki hospital kerajaan

29-10-2025 09:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 851| Komen: 17

 


SEORANG wanita yang sedang hamil anak kedua berdepan detik menyedihkan apabila dia diceraikan suami selepas diperiksa doktor lelaki ketika menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Menurut perkongsian seorang petugas kesihatan di media sosial, pesakit wanita itu dimasukkan ke wad akibat radang apendiks (appendicitis in pregnancy) ketika di awal usia kehamilan.

Seperti prosedur biasa di hospital kerajaan, pemeriksaan dilakukan oleh doktor yang bertugas dengan kehadiran jururawat wanita sebagai chaperone (pengiring).

"Hospital kerajaan bukan macam swasta boleh request nak doktor lelaki atau perempuan sebab negara kita pun kekurangan doktor.

"Lepas doktor lelaki check, si isteri buka mesej di WhatsApp yang ada voice note suami dia. Si suami beritahu yang dia haramkan doktor lelaki sentuh dan check isteri dia.

"Kalau check juga, jatuh talak. Apabila dah dengar macam tu, menangis la isteri ni. Saya ingat menangis sebab sakit, rupanya suami lafaz melalui voice note," jelas petugas kesihatan itu.


Pegawai perubatan yang bertugas hanya mampu menasihatkan agar wanita itu merujuk perkara tersebut kepada pihak pejabat agama selepas dibenarkan keluar hospital.

"Saya nak cakap lebih-lebih pun, kita tak tahu macam mana. Hanya dapat nasihatkan lepas keluar wad nanti pergi la pejabat agama.

"Tanya kepada mereka yang lebih tahu sebab dia buka mesej suami pun lepas doktor dah buat pemeriksaan ke atas dia.

"Kalau tak nak doktor lelaki sentuh isteri awak, simpan duit banyak-banyak bawa pergi hospital swasta. Boleh minta doktor perempuan yang periksa," jelasnya.

Sementara itu menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, majoriti ulama berpegang bahawa talak terhadap isteri ketika hamil adalah harus dan tersabit dalam satu hadis sahih.

Bagaimanapun pandangan itu dianggap kuat apabila pendapat majoriti ulama yang mengharuskan talak ke atas wanita sedang hamil dan edah bagi wanita hamil yang ditalak adalah sehingga dia melahirkan kandungannya.

Zulkifli turut mengingatkan seorang suami yang baik pastinya akan mengambil kira segala aspek dan melakukan usaha sebelum melafazkan cerai terhadap isteri.

Sumber: mStar

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 29-10-2025 09:46 PM
Hmm geleng pala dgn jantan prangai cenggini kalau taknak doc laki cek pegang bini tu, awak bawak la si isteri tu pi spital private je, request kat sana nak doc pompuan je kan senang. Nampak sangat si laki tu sengkek.
Quote Maroon_nerds 29-10-2025 09:47 PM
Dah la tak mampu. Tak sedar diri nak request2 lak. Lain la gi swasta. Boleh la nak request. Ni pergi pun hospital kerajaan, bayar pun murah nak banyak songeh. Kaberet punya jantan.
Quote Decaffeinated 29-10-2025 10:08 PM
Tak mampu bukan alasan untuk berkompromi soal maruah. Suami tersebut cuma mempertahan kan hak beliau dan tidak melangkaui kuasa yang telah diperuntukkan oleh agama. Islam itu mudah.
Quote krustykrab 29-10-2025 10:26 PM
Tu lah. Parents htr gi sekolah ko malas belajar. kalau rajin kan dh jadi doktor kau boleh je rawat anak bini kau sendiri.
Quote akies 29-10-2025 11:19 PM
Nk doktor perempuan.. checkup je la kt private.
Iols checkup dgn Dr Fauziah(sumud fotilla)..
sampailah bersalin.

Senang dpt doktor yg mmg ada record time kita
checkup.
Quote Inigo-Montoya 30-10-2025 07:59 AM
Decaffeinated: Tak mampu bukan alasan untuk berkompromi soal maruah. Suami tersebut cuma mempertahan kan hak beliau dan tidak melangkaui kuasa yang telah diperuntukk ...


betul tu sis ramai tak faham dan acah2 open minded...tu hak laki dia, laki bengong je rela bagi doktor laki lain tengok poen bini dia.selagi boleh request doktor perempuan....minta lah bukan soal sengkek ke tak itu tanggungjawab jaga maruah

Quote BoongaKertas 30-10-2025 08:45 AM
ni dia tuan puan contoh lelaki miskin tp beria fefeeling T20. kerja lah rajin2 simpan duit and bwk wife tu check up dkt private! eh barannya iols baca news jantan mcm ni.
Quote BungaKencana 30-10-2025 09:25 AM
ni dkt thread kan? ada juga yg share pglmn, husb pt tak bg Dr bius wife dia utk czer.. ms tu wife dia dah tak blh nk meneran lg terpksa czer takut baby lemas.. sudahnye wife dia sign sndr je sbb fkr nyawa dia & baby.. harap2 dia da cerai la dgn jantan bodo tu.. dia sunat pun nk bius penuh kalau blh, ni nk suruh bini kne belah perut hidup2..
Quote adeqbun 30-10-2025 09:30 AM
BungaKencana replied at 30-10-2025 09:25 AM
ni dkt thread kan? ada juga yg share pglmn, husb pt tak bg Dr bius wife dia utk czer.. ms tu wife di ...

eh bodohnye zantan...hampau btol..
Quote KamikuP 30-10-2025 11:21 AM
Laki tu sengkek tak pon saja mmg nak cerai sbb gayah dek
Quote plywood 30-10-2025 01:23 PM
KamikuP replied at 30-10-2025 11:21 AM
Laki tu sengkek tak pon saja mmg nak cerai sbb gayah dek

Aku mula2 baca, aku ingat ini rage bait... saja nakbuat konten, sebab alasanya itu dahlah bodoh tetapi tak sedar miskin dan pemalas, sepatutnya dia belajar pandai2 sehingga ada kerjaya doktor ..

tetapi... ya ada kemungkinan dia ceraikan bini sebab dah lama nak minta cerai... dia saja nak tunggu ada sebab yang pada dia alasan munasabah

Quote airfilterkotor 30-10-2025 02:20 PM
Lelaki cenggini jugalah sejenis memekak² dalam medsos orang pompoan/isteri kena duduk rumah, biar lelaki yg keluar bekerja.

Bila dah doktor semuanya lelaki, nurse pun lelaki, orang yang sama juga memekak² dalam medsos kat sepital dah takde doktor pompoan ke.

Spesis bentak kemain kuat tapi solution zero...

Quote SalenaGomez 30-10-2025 02:28 PM
Wife dia ni patut seek nasihat dan check dgn jabatan agama talak jatuh ke x. Up kat medsoa undang fitnah je. Maybe talak x jatuh sbb dia baca message pon lepas check up. Biarlah hakim yg tentukan… tanya kat medsos mmg mcm2 laa yg keluar. Xpasal2 jatuh fitnah pd islam
Quote Kitty_catz 30-10-2025 04:17 PM
kesian kaum hawa yg dpt tok laki bodoh tak campo air, pekat lagi likat, puiiii
Quote Firenzza 30-10-2025 04:21 PM
krustykrab replied at 29-10-2025 10:26 PM
Tu lah. Parents htr gi sekolah ko malas belajar. kalau rajin kan dh jadi doktor kau boleh je rawat a ...

dan dpt package cek pukee bini orang lain jugak.....
Quote IzzahF 30-10-2025 04:22 PM
aikk, aiols pg gomen penah je ai request doc ppuan...ok je dorang bg. cuma ai kena tggu lama skit la nk tggu turn doc ppuan tu settle kat org lain...


kalo no cpt pg la private. tu pun kat private kalo nk pilih doc kita kena bayar extra ya. ko igt free
Quote krustykrab 30-10-2025 05:08 PM
Firenzza replied at 30-10-2025 04:21 PM
dan dpt package cek pukee bini orang lain jugak.....

Dia tak pe jgn bini dia.. haromnn kulukilir

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.054954 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top