|
SEGELINTIR lelaki bernafsu songsang sanggup berkahwin dengan wanita semata-mata untuk menutup rahsia gelap mereka. Di Thread, seorang wanita mendedahkan rakannya juga berdepan situasi sama dan ditipu sepanjang lapan tahun perkahwinan. "Minggu lepas, kawan saya baru tahu suaminya gay selepas lapan tahun kahwin. Kawan saya dapat tahu selepas suaminya tertinggal fon kedua di rumah. "Suaminya pergi outstation. Dalam telefon tu penuh direct message (DM) media sosial, ada video juga. Mereka rakam 'aksi' dan simpan dalam telefon. "Kawan saya tonton semua video tu. Kesian sangat tengok dia. Mula-mula dia macam in denial, lepas tu baru dia cuba terima hakikat," kongsi wanita itu. Lebih menyedihkan, dia berkata pasangan itu memiliki seorang anak perempuan yang baru berusia dua tahun. Tambahnya, anak pasangan itu dilahirkan melalui prosedur persenyawaan in vitro (IVF).
Menerusi hantaran tular itu, netizen turut berkongsi kisah hampir sama yang berlaku dalam perkahwinan rakan-rakan mereka. "Saya pernah ada kawan berkahwin dengan gay. Tak sampai setahun dah cerai. Lelaki tu gunakan dia untuk tutup kegiatannya. "Saya pun ada kawan perempuan kahwin dengan gay. Suaminya bukan gay hardcore, cuma lembut-lembut nakal macam tu. "Kawan saya pula dapat tahu tunangnya gay. Bertunang untuk tutup hubungan songsangnya. "Saya ada kawan kahwin dengan gay. Sekarang dah cerai sebab kantoi," kongsi beberapa netizen. Sumber: mStar |
Maroon_nerds replied at 29-10-2025 10:47 PM
Aku ada kenal sorang laki ni bisexual. Dia kata dia suka laki 30%. Wife dia tau and wife dia okay. T ...
batmana replied at 30-10-2025 12:30 AM
ni semua salah wali perempuan tu
semua wali tak berfungsi, tak siasat bagai
korang jadi wali adik pm ...
BungaKencana replied at 30-10-2025 10:05 AM
kalau lelaki lembut berkahwin & ada ank 3org tp suke pakai kuku palsu suka pegi spa medi pedi adakah ...
Decaffeinated replied at 30-10-2025 03:27 PM
dia mungkin seorang pondan lesbian
pondan = lelaki (ada kote) yang merasa dia wanita

SalenaGomez replied at 30-10-2025 10:07 AM
Eh wife x risau kena aids ke

SalenaGomez replied at 30-10-2025 10:07 AM
Eh wife x risau kena aids ke
kelapaparut replied at 31-10-2025 12:39 AM
Teringat cerita pengarah jkom dulu , agus dan wahab, cinta mereka suci sgt. Cuma c agus kecewa dgn w ...

Maroon_nerds replied at 30-10-2025 08:41 PM
Wife dia tak mikir sampai situ kot. Yang dia tau dia jeles kalau laki dia ngan pompuan lain. Kalau ...
Decaffeinated replied at 30-10-2025 03:36 PM
dia ada beberapa pilihan kalau nak stay in the marriage
1. No sex with the husband. Just enjoy hi ...
SalenaGomez replied at 31-10-2025 08:41 AM
Nak stay in marriage pon boleh tp kena ada mutual agreement dgn suami tu laa mcm mana nak hidup be ...