CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Isteri tuduh suami curang lepas percaya tilikan nasib dalam talian

29-10-2025 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 221| Komen: 1

 


Beijing: Seorang wanita di China menuduh suaminya curang hanya melalui sesi tilikan nasib dalam talian yang mendakwa pasangannya itu pernah menginap di hotel bersama wanita lain.

Ia mendorong lelaki itu membuat laporan polis dalam usaha membersihkan namanya.

Memetik laporan South China Morning Post, insiden itu mendapat perhatian umum pada 22 Oktober lalu apabila Perbadanan Penyiaran Anhui melaporkan seorang wanita dari Wuhu, wilayah Anhui di timur China, melemparkan tuduhan curang terhadap suaminya.

Bagaimanapun, maklumat peribadi pasangan itu tidak didedahkan.

Apa yang paling mengejutkan orang ramai ialah tuduhan itu dibuat berasaskan sepenuhnya sesi tilikan nasib berharga 500 yuan (kira-kira RM296) yang dibelinya dalam talian.

"Dia membelanjakan 500 yuan (kira-kira RM296) untuk mendapatkan khidmat individu yang mendakwa diri sebagai 'pakar tilik nasib' yang memaklumkan bahawa suaminya curang.


Pakar itu meminta bayaran dan selepas membuat pembayaran, wanita berkenaan mempercayai sepenuhnya tafsiran itu," kata pegawai polis Balai Polis Guandou di bawah Cawangan Jiujiang Biro Keselamatan Awam Wuhu, Zhao Xingyu.

"Dia mudah terpedaya kerana mendengar dakwaan orang lain bahawa tilikan mereka sangat tepat," katanya.

Suaminya kemudian mendedahkan bahawa tukang tilik dalam talian itu memberitahu isterinya bahawa dia mendaftar masuk ke hotel dengan wanita lain dan menuduhnya melanggani pelacur.

"Dia kerap menghubungi tukang tilik itu tanpa henti sejak awal pagi. Saya beritahunya bahawa saya tidak tahan lagi. Hidup begini benar-benar menyeksakan," katanya.

Berasa dituduh secara tidak adil, lelaki itu mendapatkan bantuan polis dan menyatakan bahawa perkahwinan mereka menjadi semakin tidak tertanggung.

Susulan itu, polis menegur wanita berkenaan atas kepercayaannya kepada amalan khurafat dan bertindak sebagai orang tengah untuk mendamaikan pasangan itu.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 29-10-2025 01:49 PM
haha, baru semalam iols tengok video lawak

suami buat permohonan maaf terbuka, kepada isterinya, sebab kahwin 2 tanpa pengetahuan isteri

DALAM MIMPI isteri dia

dia punya marah dan merajuk sampai berminggu-minggu, laki dia pun layan je laa

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 07:43 PM GMT+8 , Processed in 1.176868 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top