|
PELAKON Korea Selatan, Gong Hyo Jin menafikan dakwaan kononnya dia sedang berbadan dua. Menerusi gambar terbaharu yang dimuat naik di Instagram, pelakon berusia 45 tahun itu kelihatan bergaya santai mengenakan t-shirt putih sekali gus menutup mulut netizen yang selama ini mendakwa melihat ‘baby bump’. Sebelum ini, sekeping foto ketika Hyo Jin bercuti di Jepun tular apabila dia dilihat memakai gaun sambil meletakkan tangan di pinggang sehingga mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan peminat pada 22 Oktober lalu. Bagaimanapun, agensinya Management SOOP menegaskan khabar tersebut tidak berasas sama sekali.
“Khabar angin mengenai kehamilan Gong Hyo Jin sama sekali tidak benar,” katanya menerusi satu kenyataan pada 23 Oktober lalu. Untuk rekod, Hyo Jin mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Kevin Oh pada 2022. Sumber : mStar |
A-Are replied at 17-11-2025 11:18 AM
minat nya dengan dia mcm xdimamah usia...husband iols xsuka dia sbb xlawa katanya...iols sbg wanita ...
MistrezHermanaz replied at 19-12-2025 02:00 AM
iols kan dulu2 kalau tgk dia kt tv, terdetik, eh nape dia ni salu jd heroin eh padahal rupa mcm so ...
ADVERTISEMENT