CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

‘Tangan sejuk’ David Beckham sesuai berkebun, geram tengok bawang tanamannya gemuk-gemuk

28-10-2025 11:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 995| Komen: 13

 


SIAPA sangka bekas bintang bola sepak terkenal dunia David Beckham mempunyai bakat luar biasa sebagai pekebun?

Pada usia 50 tahun, David nampaknya semakin melupakan padang bola sepak sebaliknya banyak menghabiskan masa dengan bercucuk tanam di vila mewahnya yang terletak di kawasan perkampungan di Cotswolds, England.

 
Aktiviti itu bukan sekadar hobi atau 'membuang' masa lapangnya tetapi mempunyai 'tangan sejuk' apabila semua tanaman yang mendapat sentuhannya menjadi.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, suami penyanyi Victoria Beckham itu dengan bangga menunjukkan hasil tanamannya seperti bawang besar yang tumbuh segar.


Selain bawang, David juga dilihat menanam beberapa jenis sayur-sayuran lain seperti kobis, cendawan, kacang pis dan buah beri.

Aktiviti yang dikongsi David menarik perhatian jutaan pengikutnya di Instagram yang menyifatkan pemain bola sepak itu sebagai rajin dan pandai bercucuk tanam.

Malah ramai menjadikan David sebagai inspirasi untuk mula bercucuk tanam di halaman rumah masing-masing.

"Apabila tengok David berkebun saya sendiri rasa macam mahu ikut serta. Tengok hasil yang dituai memang seronok!

"Gemuk-gemuk betul bawang besar yang David tanam. Inilah hasilnya kalau kita berbakti kepada tanah.

"Tak semua orang dikurniakan bakat 'tangan sejuk'... David salah seorangnya," antara komen netizen.


Sementara itu, dalam satu perkongsian video berbeza, David memberitahu mahu menggunakan sayur-sayuran dituai untuk memasak menu istimewa untuk keluarga.

Tidak kekok di dapur, David juga menghalang Victoria membantunya kerana ingin memasak sendiri hidangan tersebut.

 

Sumber: my kuali

 
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 29-10-2025 09:49 AM
baru 50 dia ni ingat dah 60 lebih
Quote rospinki 29-10-2025 10:19 AM
wahh rajinnya. iols pundh mula rajin buat kebun kecil di balkoni.aw comel je iols design tema 4 season garden
Quote helicornia 29-10-2025 10:28 AM
dia siap ternak lebah lagi
btw victoria ok ke dok kat area kg tu
Quote nisako 29-10-2025 12:17 PM
wow rajinnyeeeeee
Quote Itzy 29-10-2025 05:59 PM
Edited by Itzy at 29-10-2025 06:04 PM

Bukan masalah tangan sejuk ke panas tapi masalah ilmu..kalau kau takde ilmu bertani tapi kau nak tanam gak, memang tanaman tu akan naik tapi lama2 mati sebab kau tak jaga betul2 tanaman tu. Masa aku kecik2 aku tanam macam2 sayur. Bila dah tua ni, makin malas nak bertani, lepas tu kejap siram, kejap tak siram. Lama2 pokok mati, padan muka aku
Quote Itzy 29-10-2025 06:03 PM
helicornia replied at 29-10-2025 10:28 AM
dia siap ternak lebah lagi
btw victoria ok ke dok kat area kg tu

Mesti la kena ok Nanti bang beckam cari isteri baru perempuan kampung untuk teman dia bertani hohoho
Quote delia3003 1-11-2025 04:33 PM
Edited by delia3003 at 1-11-2025 04:35 PM
Itzy replied at 29-10-2025 05:59 PM
Bukan masalah tangan sejuk ke panas tapi masalah ilmu..kalau kau takde ilmu bertani tapi kau nak tan ...


Diorang banyak rumah. Tu mansion khas ala² rumah ladang, boleh bercucuk tanam, suasana kampung. Selebriti taraf multi-millionaire ramai macam ni, ada 2-3 mansions.
Quote JahLupa 15-11-2025 10:30 AM
Tgh Bayangkan victoria bekebun..
Quote borrow 15-11-2025 11:07 AM
Bestnya pacit. Neway helok bg shuben bz dgn hobby gini   Takde la nk merapu ke lain.
Quote A-Are 17-11-2025 12:40 PM
ssh jugak yer tanam pokok ni...iols ada cuba1 tanam cili, serai, daun pandan, kari & pokok limau..last2 semua mati kecuali pokok kari elok merimbun & pokok limau purut...ada lah 4-5 helai daun
Quote Page88 14-12-2025 09:41 PM
Nice gardening skills.
Quote Mamason 1-1-2026 12:30 PM
Suka nengoknye.... aje benor ler sejuk tangannye.  
Quote ZORRO5555 2-1-2026 07:58 PM
Mesti kebun dia jenis five star

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.194057 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top