CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Selepas bergelar janda, Acha Septriasa pilih tinggal di Australia

28-10-2025 10:47 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1033| Komen: 7

 

PELAKON Acha Septriasa memilih untuk menetap di Australia selepas bercerai dengan suaminya, Vicky Kharisma pada Mei lalu.

Menurut Acha atau Jelita Septriasa, 36, keputusan itu dibuat demi menjamin masa depan anak perempuannya iaitu Bridgia.

“Anak saya bersekolah di sana, jadi saya memang memilih untuk kekal di Australia bagi menyokong pendidikannya,” katanya.

Acha turut memaklumkan dia sudah membeli rumah di kawasan yang mempunyai sekolah berkualiti tinggi di Australia.

 
“Saya sudah siapkan semuanya supaya dia boleh bersekolah di sana sehingga ke peringkat menengah. 


“Rumah yang saya beli juga terletak di kawasan yang mempunyai sekolah terbaik,” jelasnya.

Pelakon filem Heart itu mengakui Australia mempunyai nilai sentimental yang tinggi dalam hidupnya. 

“ ‘Rumah’ saya memang di sana. Sebab di situlah saya pertama kali memiliki kediaman dan membina keluarga.

“Dah sepuluh tahun tinggal di sana, memang berat rasanya kalau nak tinggalkan begitu saja,” ujarnya.

Dalam masa sama, Acha juga ingin mengekalkan status penduduk tetap yang dimiliki sekali gus menguatkan keputusannya untuk terus berpusat di negara itu.

Sementara itu Acha menegaskan dia tetap aktif dalam industri hiburan dan akan berulang-alik dari Sydney ke Jakarta bagi menjalani  projek filem serta muzik yang sedang dirancang.

Untuk rekod, Acha dan Vicky berkahwin pada 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Bridgia Kalina Kharisma yang kini berusia lapan tahun.

Sumber: mStar Online

 
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 29-10-2025 09:50 AM
janda bergetah ni baru 36
Quote KamikuP 29-10-2025 04:06 PM
byk duit she
Quote Maroon_nerds 29-10-2025 10:10 PM
Kaya ek. Abeh tu kat Aussie dia tak buat apa la. Sebab kalau nak kerja balik Jakarta. Oh lupa. Jadi duta bagai, promote2 produk pun dapat duit kan artis ni
Quote delia3003 1-11-2025 04:40 PM
Edited by delia3003 at 1-11-2025 04:42 PM

Dia duduk Sydney, jauh la sikit. Kalau Western/Northern Aussie dekat sikit nak ke Jakarta. Senang ulang alik.
Quote lasagna 5-11-2025 09:22 AM
ooo dah separate dah ke dgn asben..
gigih dia ulang alik ek.
sydney tu tgh bdr mmg jauh la sket nk ke jakarta.
naik flight dlm 6-7jam gak tu fuhhh..
Quote JahLupa 15-11-2025 10:28 AM
Dia keje apa kat oz
Quote ZORRO5555 2-1-2026 08:14 PM
Anak dia cute

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 1.026282 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top