CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Oki Setiana Dewi tolak tawaran lumayan demi perjuangan Gaza

27-10-2025 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 405| Komen: 2

  


KUALA LUMPUR – Teguh dengan pendirian, pelakon Indonesia Oki Setiana Dewi sanggup menolak beberapa tawaran kerja dengan bayaran lumayan yang dikaitkan dengan produk atau syarikat berkepentingan Israel sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Menurut Oki, 36, keputusan tersebut dibuat atas kesedaran peribadi untuk terus istiqamah menyokong Palestin walaupun terpaksa berhadapan dengan kehilangan peluang besar dalam kerjaya.

“Banyak tawaran kerja (berkaitan Israel) terpaksa saya tolak walaupun bayaran yang ditawarkan sangat tinggi, dengan alasan yang sama.

“Sebagai seorang manusia biasa, kalau ditanya sama ada saya perlukan wang, ya sudah tentu. Saya juga ada tanggungjawab seperti membayar yuran sekolah anak-anak dan keperluan hidup yang lain tetapi saya tidak mampu menipu diri sendiri.

“Dalam hati, saya sangat ingin membantu dan menyokong Gaza, cuma saya tidak tahu bagaimana caranya. Jadi, saya hanya lakukan apa yang termampu,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis tayangan filem Hayya 3: Gaza, baru-baru ini.


Tambah pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih itu, meskipun pendiriannya menyokong Gaza sudah diketahui ramai namun masih ada pihak yang tetap menawarkan pekerjaan dengan imbuhan tinggi.

“Sebenarnya, mereka semua sudah tahu bahawa saya berada di pihak yang menyokong Gaza. Namun begitu, ada beberapa tawaran kerja yang datang kepada saya dengan bayaran yang sangat lumayan.

“Mungkin kerana mereka melihat saya sebagai seorang figura Islam, jadi mereka rasa sesuatu yang baik untuk melibatkan saya.

“Walaupun mereka tahu pendirian saya yang menyokong Gaza, mereka tetap menawarkan pekerjaan-pekerjaan tersebut,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Oki terlibat dalam filem Hayya 3: Gaza yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 30 Oktober ini.

Selain Oki, filem yang diarahkan Jastis Arimba terbita Warna Pictures & 786 Productions tersebut turut dibintangi oleh Amna Shahab, Azamy Shauqi, Cut Syifa dan Adhin Abdul Halim. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silampumeja 27-10-2025 03:42 PM
dia ni memang dah ada madu atau itu hoax je
Quote kikyou 27-10-2025 06:37 PM
silampumeja: dia ni memang dah ada madu ata ...


Yang kononnya ada gentayangan sekejap kisah motivator islamik popular mnta cerai sbb suaminya kawen lain, tu... Kan?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.299277 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top