CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Lee Yi Kyung dituduh hantar foto kemaluan, siap mesej peribadi tanya saiz bra

22-10-2025 11:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1196| Komen: 12



PELAKON Korea Selatan, Lee Yi Kyung yang popular menerusi drama Marry My Husband berdepan kontroversi serius apabila didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual secara dalam talian.

Isu tersebut mula tular pada 19 Oktober lalu selepas seorang wanita mendakwa menjadi mangsa perlakuan tidak senonoh aktor berkenaan.

Dalam hantaran dibuat di blog peribadinya, individu itu turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualan mesej yang didakwa dihantar oleh Yi Kyung mengandungi kata-kata berbaur lucah serta ugutan berbentuk seksual.

Malah, dalam satu perbualan lain aktor itu dikatakan menanyakan ukuran pakaian dalam mangsa serta meminta gambar bahagian tubuh sensitif.

“Saya tak sangka dia benar-benar psikopat,” tulis mangsa seperti dipetik portal hiburan Korea, Koreaboo.

Mangsa turut mendakwa Yi Kyung menghantar gambar alat sulitnya menerusi mesej peribadi dan terus menghubunginya secara berulang.


Bagaimanapun, agensi pengurusan Sangyoung Entertainment menafikan semua dakwaan itu dan menegaskan ia merupakan fitnah yang bertujuan merosakkan imej pelakon tersebut.

“Tuduhan itu tidak benar. Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah dan menyebarkan maklumat palsu di media sosial,” jelas wakil agensi itu dalam satu kenyataan rasmi.

Tidak lama selepas kenyataan itu dikeluarkan, mangsa kembali membuat pendedahan baharu pada 20 Oktober lalu dengan menyertakan bukti tambahan termasuk rakaman panggilan video yang didakwa menunjukkan interaksi bersama Yi Kyung.

“Disebabkan ramai yang meminta bukti, saya  kongsikan rakamannya. Dia memang menggunakan akaun rasmi ketika menghubungi saya,” tulis mangsa.

Setakat ini, pihak agensi masih belum memberikan maklum balas lanjut mengenai bukti tambahan tersebut, namun menegaskan siasatan dalaman sedang dijalankan.
 

Sumber – mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 23-10-2025 02:32 AM
minah ni bukan dah mengaku ke dia tipu…
Quote prince_marhaen 23-10-2025 07:54 AM
Kat sana fans diorang over delulu ye... ada yang siap sampai dah daftar kawin feeling2 dekat jabatan pendaftaran sana, ada yang berkampung dekat kawasan perumahan artis, airport, memang gila2 punya fanatik... kat sini banyak yang delulu anak raja je... sampai hari2 pergi lepak padang polo pastu record segala video, bawak hadiah mahal2 walaupun dia b40.. hahahahaha
Quote lasagna 23-10-2025 12:02 PM
prince_marhaen: Kat sana fans diorang over delulu ye... ada yang siap sampai dah daftar kawin feeling2 dekat jabatan pendaftaran sana, ada yang berkampung dekat kawas ...


seriyes ar ada lg org msia dok melepak kt padang polo acah2 verangan nk kawen dgn anak raja? haiyoooo... iols yg blkg kampung padang polo pun, tak hamak nk melepak kat sinun, panehhh wehhh padang. hahahaha..
Quote nisako 23-10-2025 01:15 PM
pe le
Quote borrow 23-10-2025 08:59 PM
Dh mengaku tipu kan. Klo saman diteruskan , tak pasal2 tinggal spender . Abam gwechana ni anak orka.
Quote Sayakita 25-10-2025 07:58 AM
Yi kyung susah payah bina nama.. fans sane mmg jahat gile... Dah la zaman zaman a.i ni lagi gile fitnah
Quote shernazz 27-10-2025 10:36 AM
borrow replied at 23-10-2025 08:59 PM
Dh mengaku tipu kan. Klo saman diteruskan , tak pasal2 tinggal spender . Abam gwechana ni anak orka. ...

Teringat satu clip dia kata ayah dia cancelkan shooting filem bayar semua kos semata2 tak nak anak dia masuk filem gayah..hahaha
Quote bambimbom 2-11-2025 10:13 AM
Dlm cite welcome to wakiki tu watak dia nak jd pelakon tp selalu dpt watak2 extra yg aneh2 wlpn dlm cite tu watak yg jd ayah dia seorang pelakon legend. Dia tak nak guna kabel la katenye.
Rupenye IRL pun bapak dia hado2..
Quote RainbowPink 29-11-2025 03:13 PM
Minat dia ni since cite welcome to waikiki. Lawak je.
Quote penmerah 7-12-2025 04:40 PM
yup... fans mmg gila pun
tapi ntah nape hints akak merasakan abe gwechana ni tak green mana pun
mcm ada dark side his cheeky2 character tu
Quote Page88 14-12-2025 09:29 PM
Isn't this old news???
Quote ZORRO5555 2-1-2026 08:09 PM
Peminat saiko

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.690882 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top