CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

‘Tak sangka lelaki rawak rupanya Kim Woo Bin’

22-10-2025 10:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1151| Komen: 11

 


Siapa sangka lelaki ‘rawak’ yang dianggap orang biasa rupa-rupanya pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Woo Bin.

Itu yang berlaku kepada seorang wanita tempatan selepas adiknya berkongsi semula foto lama mereka di media sosial sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi perkongsian pengguna @Enciktoi di TikTok, individu itu memuat naik swafoto kakaknya bersama pelakon kacak tersebut yang dirakam kira-kira setahun lalu ketika penggambaran drama bersiri ‘Genie, Make a Wish’.


Gambar berserta kapsyen ‘Kakakku bersama lelaki rawak di Korea’ menarik perhatian ramai yang terhibur dengan kenyataan tersebut.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya terhibur dengan ‘nasib baik’ wanita berkenaan.


“Akak! Kim Woo Bin tu, kak. Saya tengah tengok cerita dia,” kata Z.

“Memang selalunya begitu. Orang yang tak tahu menahu atau tidak tengok K-drama memang rawak saja jumpa pelakon Korea,” balas Yeon Kimin.

“Beritahu tajuk dekat Netflix ada tak? Saya nak tolong carikan kakak awak, mana tahu terselit dalam drama tu,” komen Yaya Lydiya.  
 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 23-10-2025 08:54 AM
dah tu ?
Quote figurae 23-10-2025 09:54 AM
tak kenal.
Quote Myhappyending 26-10-2025 06:36 PM
Dah kalu x kenal awat hang amik gamba dengan dia
Quote JahLupa 15-11-2025 10:31 AM
Aneh pulak amek ganba ngan random people..
Quote borrow 15-11-2025 11:12 AM
Siap shooting situ , takkan taktau. Acik igt krew pelem kew? KWB pnh stop berlakon kejap sbb kena kanser hidung. Dh 10 thn ada gf yg sama. Bersih je imej heols kan.
Quote IzzahF 19-11-2025 08:27 AM
ini pelakon citer Genie make a wish kat netflix tu kan
Quote freyayong 20-11-2025 02:52 PM
woo bin dah nak kawen dgn min ah disember ni !
Quote borrow 20-11-2025 09:10 PM
IzzahF replied at 19-11-2025 08:27 AM
ini pelakon citer Genie make a wish kat netflix tu kan

A ah . Ni drama ke-2 heols dgn suzy. Yg 1st dulu Uncontrollably Fond.
Quote borrow 20-11-2025 09:11 PM
freyayong replied at 20-11-2025 02:52 PM
woo bin dah nak kawen dgn min ah disember ni !

trending kt x. Congratz , nikoh jugak akhirnya
Quote Page88 14-12-2025 09:40 PM
Interesting.
Quote ZORRO5555 2-1-2026 08:05 PM
Untung la...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.645169 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top