CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

5 juta tanda suka, Deepika Padukone akhirnya dedah wajah anak

22-10-2025 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1098| Komen: 7

 


SELEPAS lebih setahun melahirkan anak sulung, akhirnya pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan wajah anak perempuannya bersama Ranveer Singh buat tatapan umum.

Deepika dan Ranveer masing-masing berkongsi foto mereka sekeluarga bersempena sambutan hari Diwali.

Ramai netizen yang teruja kerana buat pertama kalinya mereka dapat melihat wajah comel puteri pasangan popular itu yang diberi nama Dua Singh Padukone.

“Comelnya Dua. Wajahnya kelihatan lebih seiras dengan Ranveer,” komen netizen.

Hantaran tersebut mendapat hampir lima juta tanda suka dan hampir 80 ribu komen daripada netizen termasuklah selebriti terkenal Bollywood.

“Wow dia kelihatan seperti mamanya versi mini. Semoga Tuhan memberkati Dua,” komen pelakon terkenal Bipasha Basu.

Di sebalik keterujaan netizen dapat melihat wajah Dua buat pertama kali, ada juga komen-komen nakal yang mendakwa foto-foto tersebut dihasilkan menerusi kaedah AI.


Sebelum ini juga Deepika pernah dituduh memalsukan kehamilannya kerana berani tampil memakai kasut tumit tinggi ketika sedang sarat mengandung sewaktu mempromosikan filem lakonannya.

Untuk rekod Deepika dan Ranveer berkahwin pada Oktober 2018 dan kemudian menyambut kelahiran puteri sulung mereka pada 8 September 2024. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TTun_Teja 22-10-2025 01:12 PM
Comel ank dia..
Quote ketambangkang 23-10-2025 10:35 AM
dia ni ke yg netizen kata mcm ira kazar
Quote lasagna 23-10-2025 11:57 AM
hihihihi comeyyy.. tp betul laa muka ranveer lebih.
Quote nadie90 24-10-2025 08:22 PM
Comeeyyynya...ikut muka bapa...anak perempuan mmg selalu ikut muka bapa
Quote Page88 28-10-2025 07:25 PM
So cute.
Quote JahLupa 15-11-2025 10:31 AM
Alaaaa comelll anak dia
Quote ZORRO5555 2-1-2026 08:11 PM
Sorry tak kenal siapa Deepika

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.201143 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top