CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Pemandu Land Rover berusia 22 tahun pandu melulu di NKVE ditahan, menyebabkan kemalangan lima kenderaan

21-10-2025 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1133| Komen: 19

 


PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun selepas dipercayai memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata pihaknya menerima laporan kemalangan yang membabitkan dua lori dan tiga kereta tersebut pada pukul 11 pagi tadi.

Katanya, siasatan awal dilakukan oleh Unit Siasatan Lebuhraya Zon Tengah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku pada Sabtu lalu (18 Oktober) sekitar pukul 5.17 petang apabila sebuah kereta jenis Land Rover berwarna hitam dipandu secara melulu sebelum terbabas ke kanan jalan.

“Tidak lama kemudian, sebuah lori yang datang dari arah belakang melanggar beberapa kenderaan lain yang sedang memperlahankan kelajuan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Bertindak atas laporan tersebut, Shamsudin berkata pemandu Land Rover ditahan untuk membantu siasatan.


“Semakan lanjut mendapati suspek tiada rekod lampau berkaitan jenayah atau dadah,” katanya

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.

Terdahulu tular video kamera papan pemuka dari sebuah kenderaan memaparkan kereta jenis Land Rover memandu laju dari arah kiri dan memotong ke arah kanan semula sebelum terbabas ke bahu jalan.

Kemalangan itu menyebabkan beberapa kenderaan turut dilanggar oleh lori lain yang tidak sempat berhenti di lebuh raya tersebut.  

Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 21-10-2025 05:00 PM
Sial punya org. Ko nak Mati Mati la sorang2 jgn membabitkan org lain blh x?

Tunjuk skit muka nak gak tgk hbt sgt ke orgnya acah2 pakai land rover
Quote white_musk 21-10-2025 05:09 PM
Mana muka pemandu tu? kalau budak sekolah laju je muka mereka dipaparkan.... muka pemandu ini juga wajib paparkan supaya...

akak syorkan nama majikannya juga dipaparkan....
Quote borne 21-10-2025 06:42 PM
Gen Z apa nak heran..
Quote kemaruk 21-10-2025 06:50 PM
Bangsa apa     
Quote PULANGKAN 21-10-2025 07:29 PM
laju betul.. microsleep tekan minyak ke
Quote sambaldurian 21-10-2025 07:58 PM
Kereta dashcam ni nasib baik, lori tu belakang dia tp mengelak kerta dashcam , terpaksa langgar kereta org lain.
Quote makneng 21-10-2025 08:24 PM
Orang macam ni tak pulak mampos! Sepet ke? Kimek sungguh!
Quote PinkyPie 21-10-2025 09:00 PM
Mabuk ka??
Quote j3m4h 21-10-2025 11:06 PM
Edited by j3m4h at 22-10-2025 02:50 PM


IMG_2116.jpeg
Quote noor2 22-10-2025 12:24 AM
j3m4h replied at 21-10-2025 11:06 PM
https://vt.tiktok.com/ZSUscuqNK/

Boleh x terajang muka budak ni 3 kali..elok mampos
Quote j3m4h 22-10-2025 03:33 AM
noor2 replied at 22-10-2025 12:24 AM
Boleh x terajang muka budak ni 3 kali..elok mampos

Boleh dipersilakan…mmg punca nkve xcden..pastu bg alasan nk elak krete depan..dia xtau  ade Dc rekod…bagero btol..
Quote swimswim 22-10-2025 07:13 AM
Confirm anak ongkaya type c
Quote BoongaKertas 22-10-2025 08:30 AM
ee setannya cara dia drive. nyusahkan org! nasib takde yg mati. tp nak tggu kereta siap kat bengkel tu, ko ingat senang ke wehhh??? small2 no die, big2 gives trouble to pipol!
Quote prettyuglybabe 22-10-2025 11:54 AM
kenapa la lori tu tak hentam driver celaka penyebab accident ni..
tak memasal orang lain pulak jadi mangsa..
Quote MarryPottet 22-10-2025 02:48 PM
Katanya musibat ni anak menteri type M, betul ke?
Quote MissVixen 22-10-2025 03:12 PM
j3m4h replied at 21-10-2025 11:06 PM

Muka nussntara je. Anak sape ni? Bebal sungguh.
Quote shernazz 22-10-2025 04:40 PM
j3m4h replied at 21-10-2025 11:06 PM

Hensem
Tapi musibat langgar kete orang lain
Menyebabkan jemmmmmmm
Quote white_musk 22-10-2025 05:07 PM
lezat juga wajahnya...
Quote airfilterkotor 22-10-2025 05:11 PM
Anak Nazril Irham Peterpan kaa ni?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.264019 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top