|
SEORANG wanita berasa keliru selepas menemui rekod pembelian alatan seks (sex toys) dalam akaun platform e-dagang milik suaminya. Menurutnya, dia dan suami kini menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ), namun tidak menyangka suami perlu menggunakan alat tersebut semata-mata untuk memuaskan nafsu seks. Mengetahui tentang perkara ini, terus timbul rasa keliru sama ada tindakan suaminya itu adalah sesuatu yang normal bagi pasangan PJJ. “Maaf tanya, kami PJJ. Jika suami gunakan sex toys untuk puaskan diri, itu dikira normal ke? Sebab saya terbuka akaun Shopee suami, tengok history ada beli sex toys. "Saya tanya suami, dia diam dan cakap saya tak faham. Tak tahu nak marah atau simpati, saya keliru,” luahnya. Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial dengan ada yang bersetuju dengan tindakan suami wanita tersebut. Ada juga warga maya menasihatkan supaya pasangan itu berusaha mencari jalan penyelesaian secara syarak. “Dia ada nafsu, ada orang kuat nafsunya. Dari dia 'langgan' perempuan, usahalah supaya tinggal bersama. "Tak semua benda kita boleh dapat semuanya. Kalau tak nak suami guna alat palsu tu, berhenti kerja dan cari kerja yang boleh duduk serumah,” katanya. Namun, pandangan itu ditegur oleh seorang netizen yang menekankan bahawa nafsu perlu dikawal mengikut batas agama. “Nafsu itu fitrah, tapi cara melayaninya mesti ikut batas syarak. Islam bukan sekadar suruh tahan nafsu, tapi tunjuk jalan yang halal dengan nikah, sabar dan usaha cari penyelesaian yang Allah reda. "Kalau mula mencari alasan untuk halalkan dosa, lama-lama hati jadi biasa dengan maksiat," katanya. Sumber : mStar |
KamikuP replied at 13-10-2025 12:10 PM
Macam mana rupa sex toys tu? Jiran meolls tanya ekekekekeke
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.041736 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.