CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mana lebih ‘ganas’? Doktor kongsi beza influenza A dan B, sekali kena memang ‘tumbang’

11-10-2025 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3332| Komen: 25

 


KETIKA ini negara sedang berdepan dengan musim influenza, dengan kes yang dilaporkan meningkat saban hari. 

Jika sebelum ini jangkitan selesema ini lebih sinonim dengan golongan kanak-kanak, kini semakin ramai golongan dewasa turut menjadi 'mangsa'.

Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan individu, malah memberi kesan kepada produktiviti harian.

Tahukah anda, sebenarnya terdapat empat jenis virus influenza telah dikesan iaitu influenza A, B, C, dan D.

Namun, influenza A dan B adalah dua jenis influenza bermusim yang sering menyebabkan jangkitan wabak hampir setiap tahun.

Menurut seorang pegawai perubatan dikenali sebagai Dr Zul, di antara kedua-dua jenis influenza ini, salah satu daripadanya dikatakan paling 'berbisa' sehingga mampu membuatkan penghidapnya 'tumbang' akibat mengalami gejala yang teruk.  


"Antara influenza A dan B, hanya satu daripadanya yang boleh disebarkan melalui manusia dan binatang. Yang lagi satu, ia hanya boleh merebak melalui manusia sahaja.

"Yang boleh merebak menerusi binatang tu adalah versi influenza yang lagi sakit, 'barai', 'rabak', 'kopak' semua tu. Ia juga senang bermutasi dengan cepat dan banyak strain (varian).

"Yang lagi satu, ia ada dua sahaja strain utama iaitu Yamagata dan Victoria. 

"Jadi yang mana satu yang lebih teruk ni? Tak lain dan tak bukan adalah influenza A. Jadi anda faham apabila pesakit kena influenza A, memang sakit," hurainya dalam perkongsian video di TikTok.

 

Berikut adalah antara simptom influenza A: 

- Demam tinggi melebihi 38˚C

- Letih dan lesu yang berlarutan hingga melebihi seminggu

- Sakit otot dan sakit sendi

- Batuk 

- Selesema 

- Sakit tekak

- Sakit kepala

Walaupun situasi keseluruhan terkawal, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga seperti:

 - Memantau gejala, mengasingkan kes berjangkit, dan segera mendapatkan rawatan jika gejala berpanjangan atau menjadi lebih teruk.

 - Menggalakkan pemakaian pelitup muka bagi individu yang bergejala atau berisiko tinggi.

 - Menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

 - Menggalakkan golongan berisiko tinggi (kanak-kanak, warga emas, ibu hamil, pesakit kronik) untuk mendapatkan vaksin influenza tahunan. 


Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 11-10-2025 01:23 PM
parents asia be like

"HAH? Influenza B? apesal tak dapat A? anak orang lain boleh je dapat influnza A, apesal ko dapat influenza B?", aaa gituuuu

jokes aside, moga semua sihat dan selamat
iols pun kembali ber-face mask semula, orang keliling duk kung kang kung kang batuk bersin
Quote kemaruk 11-10-2025 01:51 PM
Aisehmen

Vaccine is back on the menu guys!
Quote gam_gajah 11-10-2025 02:35 PM
Iols pernah kena yang B pun rasa macam nak mati. Iols tiap2 tahun ambik flu vax tapi kena jugak, Dr kata mungkin strain lain kot
Quote emera 11-10-2025 11:22 PM
gam_gajah replied at 11-10-2025 02:35 PM
Iols pernah kena yang B pun rasa macam nak mati. Iols tiap2 tahun ambik flu vax tapi kena jugak, Dr  ...

Paed anak aku suruh delay sikit utk vaksin influenza sbb vaksin baru updated. Agaknya include strain yg baru kot? Entah lerr.
Quote Suchi 11-10-2025 11:45 PM
Semoga semua dilindungi, kat Kuantan byk tul kes ni melanda sekolah
Sekolah anak iols takde kecoh2 plak
Td budak kelas anak ada je yg mc sebab influenza ni
Quote TeropongThaico 12-10-2025 03:31 PM
Anak aiol tgh tunggu utk dptkan rawatan... Harap bukan le influenza tp tu le contact rapat dah confirm. Kesian pula kalau betul... Nak biar sorg kat asrama mcm tak patut dia sakit sorg2. Nak ambil bawa balik rumah adiknya pula terjejas nnt nak spm. Isk serba salah le pula
Quote Radzor 12-10-2025 04:34 PM
years ago kne influenza A. me and my kids. my wife x kne. ambik tamiflu settel. xde efek ape sangat pun.  jangan manjakan badan dengan vaxin.
Quote mimiloma 13-10-2025 06:08 AM
kemaruk replied at 11-10-2025 01:51 PM
Aisehmen

Vaccine is back on the menu guys!

Ko pening ke haper? Vaksin influenza kalau nak ambik ko kena bayar la. Vaksin dah lama dah ada.
Quote mimiloma 13-10-2025 06:10 AM
emera replied at 11-10-2025 11:22 PM
Paed anak aku suruh delay sikit utk vaksin influenza sbb vaksin baru updated. Agaknya include stra ...

Ya...setiap tahun strain yg berlainan. delay dulu 1 atau 2 bulan baru ambik dari last vaksin.
Quote dubuk 13-10-2025 06:14 AM
nyampah aku
Quote Mrs.lara 13-10-2025 07:43 AM
boleh cegah dari awal.. tingkatkan imuniti diri sendiri & anak2 dgn pengambilan makanan yang baik setiap hari.. contoh amalkan madu, minyak zaitun & habatussauda.. makan real food.. no fast food/ process food.. insyaAllah sihat adanya..
Quote supernaturalee 13-10-2025 10:17 AM
iol kena tahun lepas

out of blue rasa seram sejuk

sungguh pun time tu tghari pns terik

nk confirm influenza tu yg jenuh, ulang ke klinik dlm keadaan kita lemah, everyday

until hari ke-5 baru dpt confirmation

simptom dia nk seakan kena denggi

so 2 mgu jgk la kelemauan

i lost almost 3 kilos
Quote vanilacup 13-10-2025 11:06 AM
Ambil vit C dlm mega dose ..bancuh dlm air tumbler besar minum
Boleh mula dgn 5 gm dulu dan habiskan then tambah lagi...
Selalunya dlm sehari dua akan baik
Yg terbaik vit c brand California Gold..
Badan kita mampu melawan penyakit dgn pengambilan vit C..
Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan secara semulajadi dan ia perlu diambil dari sumber luar..
Semua jenis keradangan perkara utama yg perlu diambil oleh badan manusia adalah vit C..
Quote Pumpkinhead 13-10-2025 11:27 AM
trauma bila kena
Quote kemaruk 13-10-2025 11:43 AM
mimiloma replied at 13-10-2025 06:08 AM
Ko pening ke haper? Vaksin influenza kalau nak ambik ko kena bayar la. Vaksin dah lama dah ada.

Ada tersentap kat mana2 ke
Quote biskutsusu 13-10-2025 02:51 PM
anak i tengah cuti sebab influenza A. Masa buat test haritu, doktor tengok test kit n cakap . "Good. A! because B is not an option" sebab anak i btau dia SPM candidate.

tapi tu lah, anak walaupun dah nak masuk 17 tahun, mak yang kena bangun tengah malam, pagi buta nak make sure dia makan ubat on time
Quote AbukRokok 14-10-2025 08:25 AM
gam_gajah replied at 11-10-2025 02:35 PM
Iols pernah kena yang B pun rasa macam nak mati. Iols tiap2 tahun ambik flu vax tapi kena jugak, Dr  ...

tiap2 tahun kne renew lesen mcm mydigital id
Quote girlfridayz 14-10-2025 02:49 PM
bila baca ayat uols 'badan kita mampu melawan penyakit dengan pengambilan vit C' tu... iols saje nak share, lately mmg bnyk kes influenza A, sekolah anak iols (swasta) 2x tutup sebab terlalu bnyk kes influenza A. anak2 iols semua dok batuk n soksek2 selsema tp demam ringan je. sorang demi sorang dah tak sihat dalam 2 minggu ni. seben pun batuk selsema tapi iols sorang je tak kena lagi sampai skang. pdhl dok pelok ciom je dengan seben tu. dah 2x husband kena batuk teruk tapi iols tak kena jugak.

bila iols pk2 balik, rasanya immunity iols ni jadi tinggi sbb start many months b4, iols sentiasa ada stok oren pusat (navel oranges) dalam peti ais. beli bkn la sebab nak sihat tapi sebab mmg suka rasa dia dan setiap hari rasa nk mkn buah yang juicy2.

since then iols prasan mmg dah lama tak kena batuk n selsema. sbb sebelum ni lepas kena covid mmg mudah dpt sakit, covid pn iols dah kena dalam 5x jugak sebelum ni. pastu pantang ada org kt opis sakit, mudah sgt berjangkit kat iols.. pastu ada ckp kt seben, eh syukurnya rasa lama dah tak sakit. lgsg tak sedar lagi sal kebaikan buah oren tu.

Pastu ada sekali tu sebab bz ke apetah, takde stok buah oren dalam seminggu dua kot, anak iols yg umo 2+ tu stat tak sihat, sebab yang dok makan buah oren cuma iols n anak 2+ yo ni. pastu dr situ lah iols tergerak ati pk, eh slama ni dia jenis sihat je ssh selsema, maybe sebab terputus stok buah oren ni yg jadi kurang immunity.. jadi dr situ iols pk, kena menten amek buah oren nampak gaya ni..

apepon Allah yang memberi kesembuhan, kita ni bleh usaha je. so bagi sesape yg kerap batuk n selsema tu iols cadangkan masukkanlah buah oren ni dlm diet harian ye.. zmn covid berebut org beli berocca for vit c kan, skang dah slow pttnya teruskan je. benda baik...

Quote girlfridayz 14-10-2025 02:50 PM
vanilacup replied at 13-10-2025 11:06 AM
Ambil vit C dlm mega dose ..bancuh dlm air tumbler besar minum
Boleh mula dgn 5 gm dulu dan habiskan ...

iols nak reply komen ni tadi..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.141732 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top