|
PENYANYI dan bekas ahli kumpulan Jewelry, Seo In Young, mengejutkan peminat apabila tampil dengan perubahan wajah dan bentuk badan hingga hampir tidak dapat dikenali. In Young bagaimanapun menjelaskan perubahan tersebut bukan disebabkan pembedahan, sebaliknya kerana pertambahan berat badan. Menurut In Young, dia tidak menyesal dengan pertambahan berat lebih 10 kilogram kerana kini dapat menikmati makanan tanpa menyekat diri seperti ketika zaman aktif sebagai idola K-pop. “Saya suka diri saya yang sekarang. Dulu berat saya cuma 42 kilogram, sekarang naik sedikit. Tapi saya rasa lebih tenang dan selesa. “Dulu saya pernah hidup hanya dengan susu. Sekarang saya makan dan gembira. Kalau nak turunkan semula berat badan, saya boleh usaha,” katanya. Selain itu, In Young mendedahkan dia telah membuang implan hidung yang pernah menjadi ciri khas wajahnya kerana menimbulkan masalah. “Saya dah buang sepenuhnya implan hidung tu. Dulu saya buat bentuk hujung hidung jadi sangat tajam dan ia menyusahkan saya,” jelasnya. Malah In Young juga bercadang untuk memadam tatu dan menanggalkan tindik, sekali gus kembali kepada imej asal yang lebih semula jadi. Dalam masa sama, penyanyi itu memberi bayangan bakal kembali aktif dalam bidang muzik, namun menunggu masa sesuai untuk melancarkan lagu baharu. Sumber : mStar |
borrow replied at 15-10-2025 11:26 AM
lah naik 10 kg pun tp baru 52kg. Tadelah obes.
ADVERTISEMENT