|
SEORANG wanita Malaysia pernah mencuri perhatian pada 2023 apabila kisah perkahwinannya dengan pemuda Bangladesh tular di media sosial. Kisah perkahwinan Nur Nadhirah Roslee, 28, dan Mohammad Samim Hossain, 27, itu turut mendapat liputan mStar pada 14 Ogos tahun yang sama. Selepas dua tahun berlalu, wanita yang senang disapa Nad itu memaklumkan yang dia dan suaminya kini sudah mempunyai seorang cahaya mata. "Saya dah ada seorang anak perempuan. Saya bersalin pada 5 Disember 2024. Anak saya diberi nama Nur Safa Afiya," kongsinya kepada mStar. Ketika awal kisah mereka tular, Nad dan suaminya sama-sama bekerja di sebuah kilang di Klang, Selangor.
Namun kata Nad yang juga bekas penyelia kilang, dia kini mengusahakan kafe di kampung halamannya di Perlis. "Sebenarnya kedai itu wujud sebelum kahwin lagi. Saya buka kafe dengan keluarga selepas resign. Selepas kahwin, suami pun tolong di kafe. "Saya jaga pengurusan kedai, suami pula jaga bahagian dapur. Kami jual kopi. Selain itu, ada juga western food dan goreng-goreng. "Best seller kami adalah nasi goreng cili tumbuk-tumbuk. Dessert pun ada," kongsinya lagi. Memandangkan kisahnya pernah tular, Nad berkata dia turut didatangi individu yang mahu bertanya tentang urusan perkahwinan dengan lelaki asing. "Lepas viral, ada yang cari saya sampai kedai semata-mata nak tanya pasal kahwin foreigner. Ada dalam lima keluarga yang pernah datang. "Yang datang semua Melayu. Ada yang (berjaya) kahwin, ada yang tak jadi kahwin. Saya pun tak kisah mereka nak kahwin dengan siapa. "Tapi saya nasihat yang tiada jalan mudah bila nak kahwin dengan foreigner," ujar Nad lagi. Untuk rekod, Nad dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 29 Mei 2023 selepas berkenalan pada 2018. Selain majlis di Malaysia, Nad dan suaminya turut meraih perhatian selepas berkongsi kemeriahan kenduri mereka di Bangladesh. Sumber: – mStar |
Friska replied at 3-10-2025 11:43 AM
Udah pernah ada tritnya gais TRIT 1 TRIT 2
Friska replied at 3-10-2025 11:43 AM
Udah pernah ada tritnya gais TRIT 1 TRIT 2
Skuau replied at 3-10-2025 11:29 AM
'Maka benarla kata2 indon...Malaydesh...malaydesh'...


lanacondor replied at 3-10-2025 11:46 AM
Perempuan tu kalau cek leluhur mak bpk indon yg dah dapat ic. Kt area rumah mak aku ni ramai je. Y ...

nusaraya replied at 2-10-2025 08:06 PM
Mengapa anda IRI dan Marah jika ternyata BANGLA yang ada di MalayDesh BISA dan MAMPU melakukan itu ...
FOTHER-MUCKER replied at 3-10-2025 12:21 PM
Saya ada tengok satu konten cari makanan Malaysia di Indonesia dari indonesian youtuber dia ada ju ...

nusaraya replied at 2-10-2025 08:40 PM
The Most important ... Anda harus SEDAR DIRI bahwa Roti Canai itu berasal dari TAMIL INDIA bukan ...
nusaraya replied at 2-10-2025 08:40 PM
The Most important ... Anda harus SEDAR DIRI bahwa Roti Canai itu berasal dari TAMIL INDIA bukan ...
nusaraya replied at 2-10-2025 08:40 PM
The Most important ... Anda harus SEDAR DIRI bahwa Roti Canai itu berasal dari TAMIL INDIA bukan ...
FOTHER-MUCKER replied at 3-10-2025 01:40 PM
Berikut adalah daftar makanan dan minuman Indonesia yang diakui UNESCO:
Indonesia - Lumpia Semaran ...

FOTHER-MUCKER replied at 3-10-2025 01:20 PM
Roti canai bukanlah hanya menjadi makanan warga India sahaja tetapi juga menjadi makanan warga Pak ...
nusaraya replied at 2-10-2025 10:09 PM
Jika kau TAHU .. Mengapa kau gunakan ROTI CANAI sebagai makanan Identity Asli MalayDesh ?
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.289402 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.