CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kang Min Kyung kongsi tip kekal langsing

1-10-2025 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 737| Komen: 1

 


PENYANYI dan pelakon Korea Selatan, Kang Min Kyung berkongsi rutin penjagaan diri untuk kekal langsing dan awet muda.

Kata anggota kumpulan Davichi itu, dia hanya mengambil satu hidangan penuh sehari sejak sedekad lalu. 

"Sejak kebelakangan ini saya kerap muncul di depan kamera. Jadi saya perlu lebih berdisiplin dan setiap hari saya hanya makan sekali saja,"katanya. 

"Tapi bukanlah bermakna saya berlapar sepanjang masa. Biasanya saya hanya makan snek seperti pisang, ubi keledek dan minum kopi pada siang hari, sebelum menikmati apa saja yang saya mahu pada waktu makan malam,"katanya. 


Ming Kyung berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik ke saluran YouTube Kang Ming Kyung pada Selasa berjudul 'The woman who has eaten only one meal a day for 10 years'.


Menurut Ming Kyung, gaya hidup tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. 

"Kelebihannya anda akan betul-betul menghargai makanan. Rasanya sangat sedap bila akhirnya dapat makan. 

"Cuma kelemahannya, bila terlalu lapar saya akan makan dengan gelojoh. Kadang-kadang sampai rasa 'lupa diri' ketika makan,"katanya. 

Sumber:- mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 16-10-2025 12:57 AM
Most celebrities starve. That's the truth.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.026157 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top