Oleh Adib Za Semua ibu bapa pastinya ingin selalu melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup terutamanya pelajaran dan juga kerjaya kelak.
Disebabkan itu, ramai di kalangan mereka yang antara sedar atau tidak, terlalu mengatur hidup anak mereka. Ini termasuklah apakah jurusan yang harus diambil, bidang yang sesuai dengan kehendak mereka (ibu bapa) dan sebagainya tanpa memikirkan perasaan si anak. Memetik laman Medical Daily, adanya kajian dari University of Vermont mendapati aturan yang ketat terhadap anak boleh menyebabkan mereka tertekan dan akhirnya mempunyai sikap dan perilaku kejam terhadap orang lain bila dewasa. Kajian ini melengkapi kajian sebelumnya yang mengatakan bahaya dari sikap mengongkong dan mengatur hidup anak, dan kesannya pada kesihatan serta hubungan anak dengan ibu bapa.
Dalam kajian yang dilakukan ini, peserta yang mengambil bahagian didapati lebih cenderung untuk melakukan tindakan secara emosional dan mudah marah. Akhirnya bila diselidiki, didapati hubungan dengan ibu bapa dilihat tegang kerana kehidupan mereka telah diatur sejak kecil. Ini akhirnya menyebabkan si anak bersikap agresif bila dewasa kelak. Oleh itu, bagi ibu bapa semua, jangan terlalu mengongkong dan mengatur kehidupan anak-anak anda kerana banyak keburukannya pada masa akan datang. - CARI Infonet (Sumber foto: Carian google)
|
18
Bagus |
9
Marah |
18
Terkejut |
8
Sedih |
19
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT