CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Siti Jamumall dan Aiman jatuh talak 3, tak boleh rujuk… Lafaz cerai di ‘live’ TikTok jadi bukti

23-9-2025 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1567| Komen: 12

 


MAHKAMAH Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin mengesahkan pempengaruh, Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall dan suaminya, sah bercerai dengan talak satu buat kali ketiga pada Mei lalu.

Hakim Syarie, Fairus Jaafar memutuskan demikian selepas mendapati Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, selaku plaintif telah bercerai dengan Siti Suriani, 26, dengan talak satu kali pertama pada 17 Mac.

Ketika membaca keputusan, Fairus memaklumkan plaintif sekali lagi membuat dua lafaz iaitu ketika siaran langsung di aplikasi TikTok pada pukul 1.31 pagi, 15 Mei lalu.

Katanya, ia disusuli dengan lafaz ketiga kepada Siti Suriani selaku defendan, 15 hingga 18 minit kemudian, dengan menyentuh perkataan "aku orang kampung sanggup dipijak tapi sekarang, aku tak boleh diam".

Susulan itu beliau berkata, mahkamah mentafsirkan talak satu kali pertama dan kedua itu sebagai satu talak sahaja secara talak rajie sementara talak ketiga ditafsirkan sebagai lafaz baharu secara talak bain kubra.


"Mengambil kira lafaz ketiga dibuat berselang 15 hingga 18 minit dari lafaz kedua dan ada perbualan lain, maka lafaz berkenaan didapati sah dan menjatuhkan talak satu kali ketiga.

"Mahkamah meluluskan tuntutan pengesahan cerai plaintif mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

"Defendan diarahkan menjalani tempoh edah selama sehingga bersalin dan surat nikah kedua-dua pasangan ini di Perlis dibatalkan," katanya memetik Sinar Harian.

Dalam prosiding berkenaan, peguam syarie, Mohd Nooraizan Md Idros yang mewakili plaintif berkata, Aiman akur dengan keputusan terbabit namun masih memikirkan anak sulungnya yang baru dilahirkan baru-baru ini.

"Dia berharap dapat berbaik semula dengan bekas isterinya itu dan saya masih dalam perbincangan sama ada mahu memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah dalam masa 14 hari.

"Ya, buat masa ini, pasangan ini tidak boleh rujuk semula," katanya.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 Jun tahun lalu di Satun, Thailand dan ia merupakan perkahwinan kedua Siti Suriani.


Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 23-9-2025 10:55 AM
hmmmmmmm .penting ke berita ni
Quote L.U.S.M 23-9-2025 11:15 AM
Bila sorg jahil sorg lg batak perhatian berkahwin..moga jadi tauladan utk kita semua amik iktibar..talak cerai jgn dibuat main
Quote KamikuP 23-9-2025 03:32 PM
bOLE TAK MEOLLS nak padankan muka siti jamumall scammer ni
Quote Carcosa 23-9-2025 10:22 PM
Aku geli dgn dua2 ekor ikan masin ni. Muka low class. Mampos la engko, nak nikah ke nak cerai.
Dua2 cheap. Sampah.
Quote Akalditipumata 23-9-2025 11:38 PM
KamikuP: bOLE TAK MEOLLS nak padankan m ...


iolzz pn.. padan muka.. nk kan sgt viewer tggi content bagai.. Tiber skrg si laki byk berkorban la ape la.. sick la 2 ekor ni.. mmg trend kn nk naikkn viewer buat gaduh cerai n baik.. ade 1 kapel yg kwen tua tu pn sme jgk.. dr gaduh keluar rumh cerai dlm iddah smua jadikan content.. tp 2ekor ni silap la.. jatuh talak 3 dh..payah la nk rujuk dh.. pdn muka
Quote Purplehaz 23-9-2025 11:55 PM
Agaknya kalau ada talaq 10,  10 kali ko balun bg talaq kat bini.
Quote Sesuatu… 24-9-2025 01:38 AM
Gila kumer hal talak rujuk jdkn content..moga amek pengajaran la yg suka main socmed tu…ikut hati mati, ikut rasa binasa
Quote pichee 24-9-2025 09:12 AM
i rse hakim pn berlapang dada bila dh talak 3. xde la pasangan bodo yg buat live sambil cerai.

lgpn siti tu mcm meminta sgt

Quote Prickford 24-9-2025 10:39 AM
Yg suami tak fit lagi untuk jadi suami, tak reti nak control lagi, usia baru 22 tahun. Tak semua lelaki usia semuda tu mampu bawak rumahtangga. Yang betina plak, as always a a betina la. Satu malaysia tau perangai hangsuang bini tu. Mendapat la.
Quote Cassieopeia 25-9-2025 09:09 AM
muda sgt lakinye xmatang, xfikir nk dpt anak. sian baby tu. hrp boleh berbaik utk anakla
Quote talia 25-9-2025 08:53 PM
Yg jd mangsa, anak jugak…
Quote anisanim 8-11-2025 12:07 AM
Mudahnya lafaz tanpa sedar jatuh 3

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.088876 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top