CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tular video didakwa bukti Yu Menglong jadi mangsa dera, netizen kaitkan individu berprofil tinggi

23-9-2025 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1561| Komen: 18

 


PELAKON popular China, Yu Menglong dilaporkan meninggal dunia pada 11 September lalu selepas terjatuh dalam satu kejadian yang dikatakan tidak disengajakan.

Namun sejak itu, kematiannya menjadi perbualan hangat netizen yang mendakwa tragedi berkenaan mungkin melibatkan unsur pembunuhan.

Beberapa rakaman video dari malam kejadian turut tular memaparkan detik-detik sebelum pelakon itu terjatuh.

Difahamkan sebelum kejadian, Yu Menglong bersama beberapa rakan di kediamannya dan kesemua mereka kini didakwa mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.

Spekulasi timbul apabila ada dakwaan Yu Menglong tersilap langkah apabila berdepan dengan seorang individu berpengaruh dalam industri hiburan. 

Perkara itu dikatakan menjadi punca kepada kematiannya yang penuh tanda tanya termasuk dakwaan berlaku penderaan sebelum tragedi.

Lebih menimbulkan persoalan apabila seorang ahli perniagaan berpengaruh, Tiffany Chen enggan mengulas isu tersebut dengan alasan tidak boleh bercakap tentang hal itu 

 

Ia sekali gus menguatkan lagi teori konspirasi wujudnya pihak berkuasa tertentu dalam kes berkenaan.

Selain itu, gosip lain mendakwa Yu Menglong pernah mengalami penderaan sejak beberapa tahun lalu termasuk daripada pasukan pengurusannya sendiri.

Terbaharu, sebuah video yang berlegar di media sosial menimbulkan tanda tanya apabila pelakon itu dilihat berdiri di sisi pengurusnya sebelum lelaki berkenaan mengangkat tangan ke arahnya.

Yu Menglong yang ketakutan tiba-tiba mengundur ke belakang dengan reaksi panik sehingga hampir terjatuh. 

Aksi tersebut dianggap netizen sebagai 'bukti' dia sememangnya menjadi mangsa penderaan sepanjang kariernya.

Kematian mengejut aktor berusia 36 tahun itu terus menjadi misteri dan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat serta pemerhati industri hiburan China.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinklepie 23-9-2025 05:50 PM
Edited by pinklepie at 23-9-2025 09:51 AM

Kesian jadi lelaki hensem pun dah tak selamat sekarang
Quote shida81 24-9-2025 05:32 PM
Ada kt tt kata dia kene rogol ngn jantan elite gay...
Quote pinklepie 28-9-2025 11:05 AM
shida81: Ada kt tt kata dia kene rogol  ...
shida81: Ada kt tt kata dia kene rogol  ...


Artis perempuan Song Yiran pun ada terlibat sama. Kes ni mungkin akan terkubur sama dengan Yu Menglong sbb ada penglibatan org politik.
Quote borrow 29-9-2025 09:52 AM
Dh lama jatuh baru org perasan kan. Klo betul ketulenan msg2 yg didedahkan haritu , korup betul la polis sana. Terus tutup ja kes ni.
Quote IzzahF 24-10-2025 01:57 PM
aiols follow isu dia ni dari awal...sedih gila la. teruk gila dorang jadikan dia keldai akaun utk cuci duit. tak dibagi makan. kena rogol dgn geng2 elite...mmg hidup kena siksa je la sampai mati. patut dorang viral video artis2 lelaki dorang nk duduk payah. rupanya anus tu koyak rabak. agensi mmg satu hal jahat..negara pun teruk, yg mak bapak, ahli keluarga pulak terlalu ignorance ke smpai tak tahu lgsung keadaan anak? takkan bertahun2 tak jumpa anak lgsung? dah mati baru la org nk bising
Quote IzzahF 24-10-2025 02:01 PM
borrow replied at 29-9-2025 09:52 AM
Dh lama jatuh baru org perasan kan. Klo betul ketulenan msg2 yg didedahkan haritu , korup betul la p ...

komunis chuols..tu pasal dorang yg gigih carik duit ni, lari terus ke spore atau malaysia..aiols dgr2 ramai yg apply MM2H tu. kalo bole nk lari keluar dr negara dorang
Quote Farnor 24-10-2025 02:42 PM
IzzahF replied at 24-10-2025 02:01 PM
komunis chuols..tu pasal dorang yg gigih carik duit ni, lari terus ke spore atau malaysia..aiols d ...

Tak pasal2 Malaysia pun tempat dorang buat hal.. Adududuh
Quote IzzahF 25-10-2025 08:37 AM
Edited by IzzahF at 25-10-2025 06:08 PM
Farnor replied at 24-10-2025 02:42 PM
Tak pasal2 Malaysia pun tempat dorang buat hal.. Adududuh


Membiak plak keturunan sial tu kat sini, cukupla pendatang yg lama2 tu ada, skrg sibuk nak claim itu ini...dah la huduh, perangai pun mcm setan

Yg ai perati, mangsa2 dia dr Xinjiang. Xinjiang ninkrg dia lawa2 hensem2 n mostly muslim

Yu menglong ni budhist ke muslim eh?
Quote Farnor 25-10-2025 03:34 PM
Edited by Farnor at 25-10-2025 03:42 PM
IzzahF replied at 25-10-2025 08:37 AM
Membiak plak keturunan sial tu kat sini, cukupla pendatang yg lama2 tu ada, slrg sibuk nak claim i ...


My lengzhai kata kalau wajah cantik seperti muka uyghur ala2 Arab campuran mmg muslim yg muka lembut je tp still nampak kacak or cantik seperti selalu dorang ada nama unik tersendiri.. Begitu juga etnik keturunan chinese hui banyak yg Muslim n perangai pun tak sma dgn China communist..

Ya xinjiang tu banyak Muslim uyghur.. Begitu juga dgn bandar shenyang. Guwe tak pasti dia ni yu menglong agama apo cuma orang islam. kat sana generasi mudo2 tngk ramai jer yg dah mcm hidup tak Muslim.
Quote IzzahF 26-10-2025 01:40 PM
Farnor replied at 25-10-2025 03:34 PM
My lengzhai kata kalau wajah cantik seperti muka uyghur ala2 Arab campuran mmg muslim yg muka lem ...

Agensi ni kutip talent2 muda dr xinjiang..semua kena jual. Agensi ni mafia kan sebenarnya

Dengar kata sebelum YML kena bunuh, agensi ni ligat recruit talent dr malaysia..silap2 lepas kes ni msg2 memyorok kat malaysia. Jgn la ada bangsat2 yg cover dorang kat sini
Quote Farnor 26-10-2025 02:51 PM
IzzahF replied at 26-10-2025 01:40 PM
Agensi ni kutip talent2 muda dr xinjiang..semua kena jual. Agensi ni mafia kan sebenarnya

Dengar  ...

Begitulah dark side industry Dunia seni.. Sedangkan Hollywood pun teruk apatah lg kat negara As

Bukan setakat xinjiang.. Mana2 pelusuk negeri kat China tu hah dorang akn cari anak2 muda terutama budak2 baru yg ambil bidang akademi lakonan or seni masa kat universiti yang berminat.. Harap Malaysia tiadalah,setakat artis yg selamat pernah menapak di China iaitu Shila Amzah n Soo winci mungkin management dorang ni sentiasa berhati2 n pantau keadaan artis . Cuma ada satu kes melibatkan wanita India Malaysia,tp bukan kat china..di India.. Kollywood. Pelakon wanita tu ada kes  affair dengn ahli politikus kat sana..tak tau apa kesudahan kes ni. skrang.
Quote Page88 28-10-2025 07:25 PM
More & more details are slowly coming out.
Quote liyamariska 6-11-2025 03:04 AM
dgr citer Yu menglong ni dibunuh sbb nk tutup rahsia gelap industri hiburan China tuh...
Quote IzzahF 19-11-2025 08:24 AM
ni lebih kurang je mcm hollywood. retis jadi machine duit dorng. tgk mcm britney tu sampai tua keje, sakit pun keje..hidup mcm robot tak boleh bebas.

nak bunuh diri pun susah, 24 jam kena control
Quote Missa_markonah 25-11-2025 10:14 PM
Sedih giler kisah dia????????????
Quote lasagna 28-11-2025 04:47 PM
aritu tgk ch utube Bamboi full complete cite dia ni, kesian wehh.
cara dia mati konon jatuh dr tingkap tu pun mcm sus sgt.
Quote Page88 14-12-2025 09:38 PM
Yu was unfortunately sacrificed in a Blood Sacrifice.
Quote ZORRO5555 2-1-2026 08:08 PM
Yang peliknya,kerajaan China macam nak cover kes kematian mendiang ni.. sedih baca kisah hidup dia

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.424435 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top