![]() Gambar hiasan ALOR SETAR -10/07/2013 Keseronokan sekumpulan remaja lelaki bermain meriam buatan sendiri di Taman Bersatu, Baling dekat sini pada malam tadi membawa padah apabila dua daripada mereka melecur teruk di muka dan tangan selepas meriam tersebut tiba-tiba meletup.
Dua mangsa terbabit ialah Mohd. Aiman Amzar Jamsari, 13, dan rakannya, Mohamad Hanif Mohd. Nawi, 14. Mohd. Aiman Amzar yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini melecur di muka dan tiga jari kanan manakala Mohamad Hanif yang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dekat sini melecur di muka. Difahamkan, kira-kira 15 remaja lelaki itu membuat me riam dengan menggunakan paip PVC sepanjang satu meter serta belerang.
|
tebuanharimau posted on 10-7-2013 04:16 PM
mesti ada otai2 ngaja ni.. ingatkan dak2 skrg x layan dah mercun buatan mcm ni
ADVERTISEMENT