CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Akaun bank kosong, Luna Maya pernah menangis tak ada duit - "Peminat mesti tak percaya sebab mereka sangka hidup saya sentiasa senang"

22-9-2025 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1113| Komen: 3


 


SIAPA sangka disebalik kerjaya cemerlang sebagai pelakon dengan gaya hidup serba mewah, rupa-rupanya aktres Luna Maya pernah melalui detik sukar termasuk tidak mempunyai wang. 

Menerusi program Update Kehidupan di saluran Trans7 [Tonton video] , Luna mendedahkan dia pernah menangis kerana mengalami kesempitan duit. 

"Ya orang tak pernah tahu saya menangis kerana tak ada duit. 

"Peminat mesti tak percaya sebab mereka sangka hidup saya sentiasa senang," katanya. 

Tambah pelakon drama Main Api itu, dia turut berkongsi pengalaman pahit apabila akaun bank miliknya pernah kosong sepenuhnya. 

"Pernah juga akaun bank saya hanya tinggal RpO (Rupiah Indonesia). 

"Saya hanya bergantung hidup sepenuhnya pada kad kredit," ujarnya. 

Luna bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak pernah berkongsi mengenai kesusahan hidup yang dilaluinya secara terbuka. 


Kata Luna, dia kini menguruskan wang dengan menyimpan semua hasil pendapatan ke dalam akaun syarikat bagi kegunaan pelbagai komitmen. 

"Saya bukan kaya, saya susah tapi semua duit saya masuk ke akaun syarikat.

"Takkan saya nak cerita semuanya kan?," katanya sambil ketawa.

 

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 22-9-2025 12:52 PM
Banyakkk duit
Quote KamikuP 22-9-2025 02:07 PM
vIDIo lucahmu tetap menjadi pojaan hatikuu
Quote ZORRO5555 3-1-2026 09:34 AM
Sayang betul dia renovate muka

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.142925 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top