|
PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung sebuah video majlis akikah yang dikatakan meniru gaya istiadat kerabat diraja. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, video itu memaparkan sebuah keluarga berpakaian serba kuning dan bertengkolok seakan-akan istiadat diraja dalam satu majlis akikah. Katanya, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman. “Tindakan itu dipercayai menyalahgunakan lambang diraja dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut M. Kumar, undang-undang itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum tiga tahun bagi kesalahan tertentu, selain denda sehingga RM1,000 bagi penggunaan tidak wajar lambang diraja.
Terdahulu, tular video di media sosial video memaparkan keluarga seorang pempengaruh dan ahli perniagaan mengenakan pakaian lengkap ala diraja pada majlis akikah anaknya yang berlangsung baru-baru ini. Tindakan itu menimbulkan kecaman pengguna media sosial yang menganggap ia salah di sisi undang-undang kerana tidak menghormati istiadat diraja. Sumber: – KOSMO! ONLINE |
L.U.S.M replied at 17-9-2025 12:23 AM
Mmg xblh pakai baju raja sehari warna kuning ke cmne
pocongkiutss replied at 17-9-2025 12:35 AM
Boleh je tp dia tiru ada istiadat saja sejibik2 kut..eww sgt..dhla history dia tu apoo
L.U.S.M replied at 17-9-2025 12:46 AM
Oooo yeke..tu punca dia
imthegirl replied at 17-9-2025 03:19 AM
Sapa ni uols?

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.047829 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.