Oleh : Dean BZ
Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan keazaman yang tinggi. Mungkin dulu ada yang memandang rendah dengan kerjaya sebagai pemandu bas, namun pandangan orang ramai berubah sebaik sahaja Bakar Mat (Pak Bakar) kini telah menjadi taukeh. Pak Bakar memulakan kerjayanya sebagai seorang pemandu bas dan kini beliau mengubah kehidupannya dengan membuka syarikat pengangkutan sendiri sejak lima tahun lalu, memetik dari laporan sinarharian. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sebagai bekas pemandu, Bakar mempunyai banyak pengalaman dalam memahami cita rasa penumpang dan orang ramai untuk membolehkannya meningkat kepada tahap lebih tinggi.
"Dengan pengalaman dari pemandu bas dan kini pemilik syarikat pengangkutan dapat memberi keyakinan kepada penumpang untuk terus memilih syarikatnya sebagai medium pengangkutan awam pilihan ramai," katanya ketika merasmikan sambutan ulang tahun kelima syarikat itu, Intercitycoach. Beliau turut memuji tindakan syarikat itu menyediakan kemudahan perkhidmatan bas terus dari Alor Setar ke Hatyai mulai 1 Februari ini. Kisah Pak Bakar ini wajar dijadikan contoh dan penyuntik semangat buat kita semua terutamanya golongan anak muda. Janganlah malu atau takut untuk mencuba sesuatu perniagaan, kerana tanpa usaha dan cita-cita yang tinggi kita tak mungkin dapat berjaya seperti orang lain. Kesimpulannya, jadilah seperti Pak Bakar. - CARI Infonet.
|
11
Bagus |
11
Marah |
2
Terkejut |
15
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
HarmiziSyah replied at 27-1-2016 03:48 AM
macam Syarikat D'Herbs . Syah respect owner Syarikat tuu . Mula dr bawah sbg Penjual Brngn Kosmetik ...
ajinomotonosuga replied at 26-1-2016 11:56 AM
Pak bakaw sure srp pun tk kenai jauh sekali nk amik, kilauan emas mayb dia kenai
Basah nk kasik t ...
cm_matjawasp replied at 14-7-2017 08:53 PM
Mat tyson bekas Mb Selangor ok apa..jadi cikgu sekolah rendah tapi sambung degree dpt first class ...
ADVERTISEMENT