CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Minum banyak air cara saya jaga kulit – Lee Jun-young

30-8-2025 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 831| Komen: 8

 


Wajah sentiasa berseri, penyanyi dan pelakon Korea Selatan, Lee Jun-young mendedahkan pengambilan air yang mencukupi menjadi rutin harian bagi menjaga keremajaan kulit.

Selebriti berusia 28 tahun itu berkata, amalan tersebut sudah dilakukan sebelum terbabit dalam arena hiburan yang memerlukannya banyak menghabiskan waktu di luar rumah

“Minum banyak air. Itu yang saya lakukan sejak awal dulu supaya sentiasa dalam keadaan segar dan bertenaga.

“Lagipun, saya banyak bekerja di luar, selalu berpanas tetapi sebagai tambahan saya guna produk pelindung tambahah untuk kulit wajah,” katanya selepas sesi bertemu peminat di pusat beli belah Sunway Pyramid di sini, hari ini.

Pelakon drama popular When Life Give You Tangerines itu diterbangkan ke Malaysia bersempena pelancaran produk Nivea Luminous Skin Glow Serum pagi tadi.

Pada sebelah malamnya pula, Jun-young akan bertemu sekitar 1,000 peminat dalam sesi khas yang dijadualkan berlangsung di Jio Space, di sini.


Mengakui pernah berkunjung ke negara ini, bekas anggota kumpulan UNB dan U-KISS itu turut teruja untuk mencuba keenakan makanan kegemaran masyarakat Malaysia.

“Ada orang syorkan saya cuba nikmati nasi lemak. Walaupun pernah ke sini (Kuala Lumpur), saya belum lagi merasai kesedapan nasi lemak.  sudah tentu saya mahu cuba selepas ini,” ujarnya.

Terdahulu, Jun-young menceburi dunia hiburan K-pop sebagai anggota U-KISS pada 2014 sebelum turut menyertai program The Unit empat tahun kemudian dan diserap sebagai ahli kumpulan projek dinamakan UNB selama setahun.

Kerjayanya sebagai pelakon pula bermula pada 2016 menerusi filem More Painful Then Sadness disusuli drama bersiri Avengers Sosial Club setahun kemudian.

Bakat lakonan melayakkannya meraih pengiktirafan di Asia Artist Award selama tiga tahun berturut-turut bermula pada 2021 termasuk membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem May Help You?.

Nama Jun-young turut mendominasi carta pelakon drama rantaian popular menerusi Glass of Lies, Good Casting, D.P, Let Me Be Your Knight, Weak Hero Class 2 serta terbaharu, Pump Up The Healthy Love.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolipopmanish 30-8-2025 08:07 PM
Herlokkkkk
Quote raflesia201 31-8-2025 11:14 PM
untung lerr...minum air je kulit jadi herlok camgitu..
Quote PULANGKAN 1-9-2025 06:08 AM
iols minum air kosong banyak, cuaca panas ni, asyik nak terkencing je

tapi telan sirap sejuk bercawan-cawan elok pulak. lagi2 sirap limau ais oh nikmatnya
Quote Isninselasarabu 2-9-2025 08:07 AM
Die bkn stkt air je.. mknn diorang jarang bergoreng berlemak manis .. mkn sayur sejak baby tu ruji... Nasi pn semangkuk je..
Quote BoongaKertas 2-9-2025 01:51 PM
faktor pemakanan org korea yg byk jenis fermented tu pun iols rasa memainkan peranan gak
Quote lasagna 8-9-2025 08:42 AM
BoongaKertas replied at 2-9-2025 01:51 PM
faktor pemakanan org korea yg byk jenis fermented tu pun iols rasa memainkan peranan gak

tapi fermented bagus ke utk kesihatan esp. kulit ek?
Quote Page88 12-9-2025 07:37 PM
Seriously??? Lie better.
Quote ZORRO5555 3-1-2026 09:47 AM
Duit banyak... tiap2 minggu boleh buat treatment kulit muka

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.933490 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top