CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Yoo Jae Suk bayar cukai lebih tinggi daripada selebriti lain, tak pernah buat tuntutan meragukan

27-8-2025 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 709| Komen: 7

 


PERSONALITI televisyen Korea Selatan, Yoo Jae Suk dipuji kerana memiliki rekod pembayaran cukai bersih lebih 30 tahun tanpa sebarang kontroversi.

Menurut akauntan bertauliah, Yoon Na Gyeom, kebanyakan artis biasanya cuba mengurangkan bayaran cukai dengan menuntut pelbagai perbelanjaan terperinci.

Bagaimanapun Jae Suk, 53, memilih untuk menggunakan kaedah potongan tetap yang diputuskan kerajaan tanpa membuat sebarang tuntutan perbelanjaan sebenar.

“Kalau selebriti lain bayar sekitar 2.7 bilion won (RM8.2 juta), Jae Suk sanggup bayar hampir 4.1 bilion won (RM12 juta). Dia rela bayar lebih demi ketelusan,” katanya menerusi saluran YouTube Tax-saving TV.

Tambahnya lagi, langkah itu diambil semata-mata untuk menjaga reputasi, mengelak kontroversi dan membolehkan Jae Suk memberi tumpuan penuh kepada kerjayanya.

Lebih menarik, Na Gyeom turut mendedahkan ada artis yang mengurangkan cukai dengan menuntut perbelanjaan peribadi atau menggajikan ahli keluarga sebagai pekerja.


Bagaimanapun, rekod bersih Jae Suk yang tidak pernah bermasalah dengan audit membuktikan dia tidak pernah membuat tuntutan meragukan.

“Dari sudut profesional, Jae Suk sebenarnya membayar lebih daripada sepatutnya. Dia memilih kejujuran berbanding penjimatan wang dan itulah yang menjadikan dia ‘Nation’s MC’ sebenar,” jelasnya.


Sumber - mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah_ary2 27-8-2025 08:26 PM
Yoo Jae Suk ni mmg bersih tak minum alcohol sebab zero alcohol tolerance dgn x smoking jugak sume org suka heols sebab heols sgt pleasant
Quote silance 27-8-2025 09:39 PM
My bias in RM. Aku yang happy kalu dia menang (solo or in group)
Quote lasagna 28-8-2025 03:23 PM
bagus laa pembayar cukai..
Quote delia3003 28-8-2025 09:46 PM
YJS ni selama nye la disukai knetz. Semoga kekal bersih. Kat SK sana, sekali ada skandal besar, jatuh tergolek, dah tak boleh keluar tv lagi.
Quote lolipopmanish 30-8-2025 08:09 PM
Kaya betol dia ni kann

Tak de rehat ke dia ni bz betul asyik shooting je

Tak nak ke rehat sebulan ke
Quote talia 31-8-2025 02:51 AM
Forever crush iols. Dia selalu kena kutuk tak hensem tp iols rasa heols hensem & gentleman
Quote Page88 12-9-2025 07:41 PM
Interesting news.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.094967 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top