CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Jom Memasak Lihat artikel

Beza ke antara botol dan paket? Rupanya ramai tak tahu ada kod rahsia pada label minyak masak

26-8-2025 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 858| Komen: 5

 


RAMAI beranggapan minyak masak dalam botol dan paket sama sahaja, hanya berbeza dari segi pembungkusannya.

Namun seorang wanita mendedahkan bahawa, pada label setiap minyak masak yang dijual di pasaran, tertera nombor kod yang dapat dilihat dalam bulatan kecil bermula dengan 'CP'.

Katanya, dia hanya mengetahui tentang perkara ini selepas menonton siaran langsung yang dibuat oleh sebuah kilang masak di media sosial, baru-baru ini.

"Dulu selalu beli minyak botol. Lepas tu ada orang cakap, kenapa nak membazir? Beli je minyak paket sama je. Cuma bungkusan je lain.

"Rupanya perbezaan dia pada nombor kod dalam bulatan tu. Kalau minyak botol pun ada," kongsinya di Facebook.

Berikut penerangan mengenai kod minyak masak:

1. CP6

- Minyak lebih sihat, mengandungi vitamin E dan tocotrienols.

- Kurang berbuih, makanan lebih sedap dan sesuai digunakan untuk dressing salad atau masakan bersuhu rendah.


2. CP7

- Kandungan asid lemak lebih tinggi. 

- Minyak cepat berbuih dan makanan cepat menyerap minyak. 

- Sesuai untuk memasak dan menggoreng.

3. CP8

 - Minyak cepat berbuih dan menjadi hitam. 

- Tidak digalakkan digunakan berulang kali.

4. CP10

- Minyak paket gred rendah, lebih mudah berkeladak. 

- Harga lebih murah kerana disubsidi.

Tambah wanita itu, walaupun semua jenis minyak ini selamat digunakan, pengguna perlu lebih berhati-hati dengan cara penggunaannya. 

Antara tip penting dalam penggunaan minyak masak ialah:

- Jangan guna minyak berulang kali.

- Jangan guna minyak sama bila minyak sudah bertukar warna.

- Jangan guna bila nampak banyak asap terhasil ketika dipanaskan.

- Buang bila minyak jadi likat.

- Kalau goreng haiwan berdarah, jangan diulang guna minyak kerana darah tersebut akan meningkatkan kandungan karbon.

"Minyak masak terpakai jangan dibuang, kumpul dan boleh dijual dengan harga pasaran sekitar RM3.20 sekilogram," katanya.


Kredit: – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 13-9-2025 01:21 AM
Oil is oil.
Quote vanilacup 18-9-2025 11:51 AM
Still kita akan beli minyak kelapa sawit utk memasak sbb khasiat dia
Minyak terbaik utk memasak juga adalah minyak sapi tapi bukan yg comercial mcm QCC  tu sbb bahan dia kurang berkhasiat utk dijadikan kegunaan harian..
Kalau boleh beli dari Masdarr dan Dr Razin punya under brand khalis lab..
Even utk masak nasi putih disarankan letak sedikit minyak sapi supaya kandungan GLI( Glisemik Indeks nasi dpt diturunkan.
Minyak zaitun utk memasak memang x mampu sbb mahal..
Minyak zaitun guna sbg supplement shj tapi yg perahan tangan bukan cold pressed.
Quote Sunshine9202 1-1-2026 08:55 PM
Info yg bgus
Quote ZORRO5555 2-1-2026 06:24 PM
So far belum try minyak packet..takut
Quote Tinot7 13-1-2026 03:00 PM
Iols beli minyak murmur jahh.. mana tgk cp baper

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.049914 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top