CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Aleeya Zailan Nasihat Anak Cari Suami Rajin Berbanding Berharta – ‘Nanti Awak Berdua Boleh Kaya Bersama’

21-8-2025 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1276| Komen: 8

 


Usahawan Aleeya Zailan menitipkan nasihat kepada anak sulungnya, Eva tentang mencari jodoh yang sesuai.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aleeya berpendapat adalah lebih baik mengahwini lelaki yang rajin berbanding dengan lelaki yang hanya memiliki kemewahan.


Saya nasihatkan dia, jangan kahwin dengan orang kaya. Cari suami yang rajin.

Sebab kebanyakkan orang lelaki yang kaya..bukan semua tapi ada segelintir mereka yang merasakan diri mereka terlalu ‘tinggi’.

Jadi, si isteri perlu mengikut sahaja dan mungkin dia akan memandang rendah terhadap isterinya.

Tetapi ada juga lelaki kaya yang memang layan isteri dengan baik.


Tambah Aleeya, jika Eva memilih lelaki yang mempunyai sifat bertanggungjawab dan ringan tulang, mereka boleh mengecapi kejayaan bersama.

Kalau lelaki itu rajin, awak berdua boleh kaya bersama-sama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan Aleeya kerana kekayaan bukan jaminan kehidupan tapi keperibadian diri lebih utama.

 

Dalam masa yang sama, mereka turut memuji ibu kepada tiga orang anak itu kerana memiliki pemikiran yang berbeza.

Sumber: TikTok, Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 21-8-2025 03:56 PM
Lelaki, bila susah dia akn terima apa yg dia dpt..bila dh senang dia akn cari apa yg mahu...istri xyah nk beria2 bersusah bersama suami, bila dia senang dia akn cari pmpuan yg dia mahu cth tanahros...wpun bkn smua lelaki begitu tp ramai yg peel gitu...biar je somi yg bersusah payah jd provider dlm rumahtangga...istri selagi dia meminta duit somi, selagi itu rezeki somi dipermudahkan....jgn terpengaruh dgn ayat "sampai bila nk harap duit somi?sampai matilah." Istri kena pandai buat reta sndri guna duit somi.
Quote Purplehaz 21-8-2025 04:01 PM
Dan...Cari rekod suami yg bukan bankrup atau hutang keliling.  Sgt penting ya, sbb byk dh dgr komplen
Quote Purplehaz 21-8-2025 04:02 PM
Anak bungsu dia ni..Comell betul..putih gebu..petah ckp.
Quote black_handbag 22-8-2025 02:36 PM
Eh bukan dia pun cari anak org kaya ke? Laki dia yg gemok tu anak org kaya kan. Bisnes pun sambung bisnes family je?
Quote MisXoXo 22-8-2025 07:47 PM
Suami dia kayoooooooooo
Quote akies 22-8-2025 08:52 PM
Dia ni kan..asal iols bukak kt tt dlm pukul 9mlm camtu
tak tgh makan atau tgh masak kat dapur

Itu je la content nya.
Ulang2.
Quote tuttt 22-8-2025 10:04 PM
Mustahil la anak dia kawin ngn org biasa. Mak pak kaya atok nenek kaya. Circle pun mesti org kayo la diknon oii
Quote EriaDoritis 23-8-2025 01:06 AM
Suka cara diorang, walau kaya anak diajak masak

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.812148 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top