|
PONTIAN – Isu Jalur Gemilang dipasang terbalik belum reda. Terbaharu kejadian bendera Malaysia dipercayai dipasang terbalik dikesan di sebuah premis perniagaan di Pusat Perdagangan Pontian atau Tambak, petang ini. Menurut gambar yang tular di media sosial, sehelai Jalur Gemilang yang dipasang pada tingkap atas bangunan dua tingkat melibatkan sebuah premis dipasang secara terbalik bersebelahan dengan bendera negeri Johor.
Insiden itu menimbulkan sedikit kekecohan apabila beberapa orang awam dipercayai marah dengan kejadian itu. Bagaimanapun, keadaan terkawal susulan beberapa anggota dari Balai Polis Pontian serta penguat kuasa daripada Majlis Perbandaran Pontian ( MPP) hadir bagi memantau keadaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan Abd. Hamid Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai kejadian tersebut malam ini. Sebelum ini kes yang serupa berlaku di sebuah Kedai Perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang, sebuah hotel di Johor dan di SJK (C) Chung Hwa, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sumber : – KOSMO! ONLINE |

Miss_Ceri replied at 20-8-2025 11:59 PM
Kaum china yg byk buat, sengaja provok. Pasang bendera malaysia terbalik, bendera johor elok plk le ...
Decaffeinated replied at 21-8-2025 10:23 AM
Yang di Segamat tu bendera Johor terbalik kan? Katanya Bangla yang pasang.
Skuau replied at 21-8-2025 12:17 PM
1.Jika ada kesalahan Jalur Gemilang tak perlu herdik,kita sendiri boleh betulkan.-Menteri
2.Kalau na ...

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.484572 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.