CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Empat lawan satu, pembuli tendang macam pengecut

20-8-2025 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2019| Komen: 8

 


JOHOR BAHRU – Tular di laman sosial Facebook melibatkan kes buli melibatkan seorang budak lelaki ditendang dalam kejadian dipercayai berlaku di Blok C, Perumahan Molek Ria, Taman Molek di sini.

Menerusi rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit 25 saat yang dikongsikan seorang pengguna laman sosial Doe John semalam, insiden itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 2.03 petang, 14 Julai lalu.

Dalam rakaman itu menunjukkan seorang budak lelaki berseluar pendek dan memakai baju merah sedang menunggu ibunya di hadapan lif blok perumahan terbabit.

Tidak lama kemudian, mangsa didatangi sekumpulan empat budak lelaki lain termasuk seorang budak memakai pakaian sekolah agama.

Salah seorang daripada empat budak itu (pembuli) menendang perut mangsa sebelum mereka melarikan diri.

Selang beberapa saat kemudian, ibu mangsa keluar daripada lif sebelum kelihatan mangsa dipercayai mengadu tentang apa yang dialaminya.


Dalam video berkenaan juga mendapati, dipercayai mesej sembang komuniti perumahan tersebut membincangkan kes buli berkenaan.

Berdasarkan cerita ibu mangsa, kejadian buli itu bukan pertama kali malah dipercayai telah beberapa kali berlaku ke atasnya.

Dalam mesej sembang itu juga membincangkan si pembuli melibatkan budak yang sama selain mendakwa jika diberitahu kepada ibu si pembuli, dia akan melenting. 


Sumber : – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 20-8-2025 06:14 PM
Kalau kes mcm ni mak ayah kene turun tegur terus dgn bdk2 buli. Xpon cari mana rumah bdk2 buli ni g terus jumpa mak bpk bdk. Tu je nak bg bdk2 ni stop buli. Kdg dorg ni sbnr nak berkawan tapi xpandai. Dia igt kalau buat mcm tu boleh berkawan.
Quote JahLupa 20-8-2025 10:34 PM
Dapat kat aku ni, masak budak2 ni. Kecike camni kalau x diajar, sampai ketua pangai mcm setan
Quote Cassieopeia 21-8-2025 11:47 AM
lanacondor replied at 20-8-2025 06:14 PM
Kalau kes mcm ni mak ayah kene turun tegur terus dgn bdk2 buli. Xpon cari mana rumah bdk2 buli ni g  ...

ni mak dia dah bgtau mak pembuli tu tapi maknye melenting balik..
Quote talapia 21-8-2025 01:47 PM
kalau kata kita as parents.. tetiba orang call or mesej kata anak kita buli dia..
camne patut kita react? Takde bukti.. takde saksi..
tanye anak.. mungkin ada yg mengaku.. mungkin ada yg tak mengaku..
siapa kita nak percaya?
Quote KamikuP 21-8-2025 03:00 PM
Budak pembuli tu asbab mak bapak tak baca doa bila bersetubuh/bersenggama/berjimak/beromen
Quote hart_attack 21-8-2025 03:09 PM
KamikuP replied at 21-8-2025 03:00 PM
Budak pembuli tu asbab mak bapak tak baca doa bila bersetubuh/bersenggama/berjimak/beromen

betul ke mcm tu
Quote copy_paste 21-8-2025 03:10 PM
lanacondor replied at 20-8-2025 06:14 PM
Kalau kes mcm ni mak ayah kene turun tegur terus dgn bdk2 buli. Xpon cari mana rumah bdk2 buli ni g  ...

dah tulis situ,dah jumpa ibu pembuli tu tp si ibu pembuli tu terus melenting pertahankan anak
Quote copy_paste 21-8-2025 03:11 PM
talapia replied at 21-8-2025 01:47 PM
kalau kata kita as parents.. tetiba orang call or mesej kata anak kita buli dia..
camne patut kita r ...

libas belakang dulu baru tanya

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.104847 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top