Oleh : Dean BZ
Masyarakat dunia kini sedang dalam "kebimbangan dan marah" dengan kewujudan kumpulan tertentu yang mengaku Islam, tetapi berkelakuan ganas dan membunuh orang yang tidak berdosa. Kegiatan keganasan seperti serangan berani mati ditempat awam mula menular dan pelaku serangan bom yang dikaitkan dengan militan DAESH perlu dipandang serius oleh semua pihak. Baru-baru ini, media tempatan Indonesia, Tempo melaporkan, Badan Nasional Pencegahan Keganasan Indonesia (BNPT) mendedahkan seramai kira-kira 2.7 juta atau 1 peratus dari rakyat negara itu terbabit dalam kumpulan pengganas.
Penganalisis BNPT, Sidratahta Mukhtar memberitahu, jumlah itu belum termasuk mereka yang terpengaruh dan simpati dengan kumpulan berkenaan. “Jumlah itu kira-kira satu peratus daripada jumlah penduduk Indonesia. Mereka yang didapati terbabit dengan kumpulan Daesh pula kira-kira 0.004 peratus daripada jumlah penduduk Indonesia iaitu lebih 1,000 orang. Angka itu sudah cukup besar,” katanya. Pada 2014, seramai 60 penyokong ISIS di Indonesia. Namun, jumlahnya melonjak kepada 1,000 orang tahun lalu dengan 100 daripada mereka pergi ke Syria. BNPT menganggarkan terdapat sekitar 12 jaringan pengganas di negara itu dan jumlahnya sedang meningkat dengan pantas. Tambahnya lagi, kumpulan baru seperti rangkaian Bahrun Naim dikatakan menjadi dalang dalam serangan berani mati di Jalan Thamrin, Jakarta minggu lalu. “Jaringan kumpulan ini sudah ada di Jawa, Bima, Aceh dan beberapa wilayah lagi,” ujarnya. - Agensi berita/CARI Infonet. Jika difikirkan, fahaman dan perjuangan militan DAESH sudah jauh terpesong dari ajaran sebenar agama Islam. Agama Islam tidak pernah mengajar umatnya berpecah belah dan bermusuh-musuhan, sebaliknya menyeru perpaduan dan keamanan. Jika terdapat anasir-anasir atau ancaman yang hendak merosakkan agama Islam, ianya hendaklah ditangani dengan cara yang berhemah, bukan dengan keganasan, kekacauan dan berbunuh-bunuhan. Mungkin ramai yang sudah dipesongkan dengan erti sebenar Jihad. - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
15
Bagus |
12
Marah |
4
Terkejut |
12
Sedih |
16
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rokarina replied at 22-1-2016 05:39 PM
ntah betul x Islam. mesti syiah,,indon ramai syiah huhu
nist02 replied at 24-1-2016 11:41 PM
Nak jihad.. jihad nafsu diri la tgk cam ne
cHimo replied at 22-1-2016 08:46 AM
Haii mas apa khabar @cinamedun
ADVERTISEMENT