Oleh Adib ZA Banyak kes yang melibatkan disiplin dan juga sahsiah anak-anak kini yang tidak begitu memberangsangkan. Sekecil kanak-kanak di sekolah rendah sehinggalah pelajar di peringkat universiti. Dalam hal ini, sesetengah ibu bapa merasakan anak mereka menjadi anak yang bermasalah adalah kerana salah pilih rakan, terpengaruh dengan media sosial dan sebagainya. Namun, sebenarnya tanpa disedari ini merupakan kesilapan mereka sendiri. Ibu bapa tak sedar kerjaya mereka yang membuatkan hubungan dengan anak semakin renggang, sikap mereka yang 'gila' gajet dan media sosial sehingga terlupa melayan anak dan banyak contoh lain. Ini dikongsikan oleh seorang netizen di laman sosial. Seorang kanak-kanak 12 tahun ini dikatakan merupakan pelajar bermasalah dan perlukan 'suntikan' motivasi juga nasihat. Selepas berbual dengan pelajar itu, netizen ini cuba menyingkap apa yang terbuku di hati pelajar itu. Mengapa dia dikatakan pelajar yang kasar, suka menipu dan bermasalah? Akhirnya, netizen ini dapat jawapannya, bukannya pelajar bermasalah ini sentiasa jahat, degil dan tak dengar cakap. Dia menjadi begitu kerana tidak dilayan dengan baik oleh ibu bapanya. Sering dimarahi, takda masa berkualiti bersama dan tiada pendekatan yang lebih lembut diberikan. Sekadar gambar hiasan. (Sumber: Carian google) Anak ini kesunyian sebenarnya. Mereka merindukan kasih sayang ibu dan ayah mereka. Namun, sebaliknya anak ini disalahkan dari pelbagai segi. Seharusnya mereka ini dibimbing, dilayan dengan baik dan diberikan kasih sayang. Buat ibu bapa, jika anak-anak menjadi degil dan tak dengar cakap, lihat semula cara anda mendidik anak. Mungkin ada kelemahan di situ. Jangan biarkan masalah terus berserabut, sebaliknya selesaikan dengan baik. Moga kita semua menjadi ibu bapa yang lebih baik dari masa ke masa. - CARI Infonet
|
8
Bagus |
13
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
12
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
DahliaTulip replied at 23-1-2016 11:36 AM
Mane ade ibu bapa nak ngaku..susah lah nk cari ibu bapa yg ngaku salah.dieorang je btl
keiichiro replied at 24-1-2016 07:27 PM
Kes aku lak, aku pelihara anak tirii sejak dia darjah dua sampai la ni darjah enam. Mak ada, tapi ma ...
alien3d replied at 24-1-2016 11:12 PM
pendekatan salah. lagi control lagi memberontak. cuba teknik duit. kalau buat xxxx. bagi rm 10 si ...
ADVERTISEMENT