CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Kereta kartunis Ujang kena tarik, sempat ajak penarik minum teh... Ambil tahu info ini jika anda berdepan situasi sama

16-8-2025 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2790| Komen: 15


 


KARTUNIS legenda, Ibrahim Anon berkongsi kenangan yang tidak dapat dilupakannya sepanjang hidup, yang mana kereta miliknya ditarik. 

Menurut Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ujang, kejadian berlaku pada pagi hari raya dengan empat orang penarik kereta hadir di hadapan rumahnya. 

Katanya, perasaan ketika itu bercampur antara sedih, takut dan berdebar. 

"Tapi sekarang ni rasa kelakar pula bila teringat kisah tu sebab diaorang ni muka je ganas tapi lembut hati.

"Lepas mereka cabut kunci kereta saya pelawa mereka masuk rumah pekena teh dan makan kuih.

"Sebelum bawa kereta pergi seorang daripada mereka siap pesan abang kalau ada urusan penting, nak guna kereta telefon je nanti saya hantar balik," kongsinya di Facebook.

Tambah Ujang, dia sempat beberapa kali meminjam kembali kereta tersebut untuk menyelesaikan urusan penting, sebelum ia akhirnya dijual bagi menampung hutang yang tertunggak.


Perkongsian itu dibuat selepas dia membaca komen seorang penarik kereta di TikTok Podcast Tanah Berdaulat yang memaklumkan bahawa dia pernah menarik kereta Ujang.

Sementara itu Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) berkongsi panduan kepada mereka yang berdepan situasi kereta ditarik.

1. Siapakah yang boleh menarik kenderaan?

- Biasanya institusi perbankan akan melantik penarik yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia.

- Sebelum menarik balik kenderaan, penarik mesti menunjukkan kad pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan yang dikeluarkan oleh institusi perbankan.

- Anda boleh meminta untuk melihat kad pengenalan dan kad kuasanya sebelum menyerahkan kenderaan bermotor anda.

2. Apakah proses dalam penarikan balik kenderaan?

- Institusi perbankan perlu menghantar Notis Jadual Keempat terlebih dahulu yang merupakan notis bertulis menyatakan hasrat untuk menarik kenderaan.

- Notis ini akan luput dalam masa 21 hari. Notis kedua akan dikeluarkan 14 hari selepas tarikh notis Jadual Keempat.

- Anda boleh mengelakkan penarikan kenderaan dengan membayar jumlah tertunggak seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat. 

3. Apakah yang akan berlaku selepas penarikan balik?

- Dalam masa 21 hari, institusi perbankan akan memberi kepada anda dan setiap penjamin notis Jadual Kelima yang membenarkan anda membayar balik jumlah hutang kepada institusi perbankan. 

- Anda boleh meminta institusi perbankan untuk memulangkan kenderaan bermotor anda dengan menjelaskan semua jumlah yang tertunggak dan belanja tunai langsung.

- Atau membayar balik jumlah baki hutang sepenuhnya dan menyelesaikan semua belanja tunai langsung.


Sumber: mStar
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 19-8-2025 08:09 AM
patut artis2 macam ni lah diberi dato..banyak jasa menghiburkan di zaman kanak2 waktu tak ada internet
Quote becir 19-8-2025 08:31 AM
astaga, kenapa iols ingat ujang dah meninggal? salah kartunis ka
Quote Purestteam1 19-8-2025 09:45 AM
Inigo-Montoya replied at 19-8-2025 08:09 AM
patut artis2 macam ni lah diberi dato..banyak jasa menghiburkan di zaman kanak2 waktu tak ada intern ...

setuju...dari bg org luar yg xda memberi sumbangan pada negara
Quote kucingitam 19-8-2025 09:54 AM
becir replied at 19-8-2025 08:31 AM
astaga, kenapa iols ingat ujang dah meninggal? salah kartunis ka

itu kartunis2 lain yg sama2 kat majalah ujang kot..
Quote batmana 19-8-2025 10:48 AM
dia ni kene tipu dgn bos sndiri smpai jadi depress
Quote matseh 19-8-2025 11:18 AM
Karya Budak Hostel.
Quote ultra78 19-8-2025 12:34 PM
Tak guna nak bergaduh dengan repo man. Semua orang ada musuh sama, iaitu bank
Quote kelapaparut 19-8-2025 12:44 PM
Susah jd org seni, kartunis susah, penyanyi xde job, pelakon xde job plukis karya xlaku, pelawak ok la sikit
Quote ekselen 19-8-2025 08:21 PM
ujang ni patut dh diiktiraf sumbangan dia dlm dunia komik malaysia.. byk karya2 heols yg jadik kenangan hidup kita, byk pengajaran dan jgk hiburan dlm zmn kanak2 kita.. iols ada beli koleksi2 ujang aku bdk minang, atuk.. cuma xde karya budak hostel tu je..
Quote chinta89 20-8-2025 09:40 AM
ekselen replied at 19-8-2025 08:21 PM
ujang ni patut dh diiktiraf sumbangan dia dlm dunia komik malaysia.. byk karya2 heols yg jadik kenan ...

betul. tp gitu la di malaysia susah nk hidup kerja mcm ni ni tak mcm jepun tu
Quote nuralisa 20-8-2025 09:58 AM
chinta89 replied at 20-8-2025 09:40 AM
betul. tp gitu la di malaysia susah nk hidup kerja mcm ni ni tak mcm jepun tu

jepun pun mengeluh sejak ada AI  ni ..
Quote chinta89 20-8-2025 10:51 AM
nuralisa replied at 20-8-2025 09:58 AM
jepun pun mengeluh sejak ada AI  ni ..

lama2 nt kerja kartunis ni tak wujud dah. mcm beberapa pekerjaan yg dah pupus di dunia.
Quote areyam 20-8-2025 02:16 PM
Pelukis Lawak Kampus nampak steady jer.... boleh survive....
Quote B40tastePosh 21-8-2025 12:42 AM
Edited by B40tastePosh at 21-8-2025 12:43 AM
batmana replied at 19-8-2025 10:48 AM
dia ni kene tipu dgn bos sndiri smpai jadi depress


Jahat betul kan...Punca guna nama Ujang tu je...dah memang nama dia pun...tapi Bos dia dah daftar hartaintelek bawah nama syarikat.

Giler betul...cannot brain.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 12:10 AM GMT+8 , Processed in 1.994848 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top