|
MALANG bagi seorang wanita apabila nasihat dan teguran yang diberikan kepada suami dibalas dengan kekasaran. Begitulah yang dilalui wanita berusia 22 tahun ini selepas menegur suaminya yang gemar melayani video lucah atas talian. Teguran itu membuatkan dia yang sedang hamil lapan bulan kerap dipukul oleh suami di rumah mereka di Maros, Sulawesi Selatan di Indonesia. Kejadian itu dikongsikan Ketua Polis Mandai, Inspektor Erwin yang kini sedang memburu suami mangsa. Menurutnya, lelaki terbabit melarikan diri selepas memukul mangsa sehingga mengalami histeria pada malam Rabu lalu. "Mangsa yang dipukul suaminya datang membuat laporan polis. Dia sedang hamil lapan bulan," katanya. Erwin juga menyatakan dia telah memohon notis perintah mahkamah bagi membolehkan pencarian dilakukan. -Agensi Sumber: mStar
|

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.047999 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.