|
SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila keluarganya disindir kerana pergi bercuti selepas 70 hari kehilangan insan tersayang. Menurut wanita itu, ada individu yang memberi teguran sinis dengan menuduh ibunya mahu berseronok meskipun anak baru sahaja meninggal dunia. Menerusi hantaran yang dibuat di Thread, wanita itu berkata percutian itu sama sekali bukan bertujuan untuk melupakan arwah kakaknya, tetapi salah satu cara mereka sekeluarga mengubat hati yang sedang berduka. "Hari ni (Rabu) genap 70 hari Along (panggilan arwah kakak) pergi. Salah ke kalau kami sekeluarga pergi bercuti? "Sebab ada mulut yang berkata dekat ibu anak baru meninggal nak pergi seronok-seronok? "Kami pergi bukan untuk melupakan dia tapi untuk ubat lara di hati, salah ke?" kata wanita itu, terkilan. Perkongsiannya itu ternyata mendapat pelbagai komen dan reaksi netizen.
"Tak apa, cari cara anda sendiri untuk mengubati hati. Semua orang ada kaedah tersendiri. Pedulikan je orang lain dan fokus pada diri. Simpati dengan kehilangan awak. "Kita tak boleh tutup mulut orang. Islam juga tak ajar kita terus meratapi kematian. Hanya perlu berkabung. Semoga Allah ampunkan dosa arwah dan dosa kita semua," antara komen netizen. Pada 21 Jun lalu, wanita ini berkongsi hantaran memaklumkan bahawa kakaknya yang dipanggil Along telah meninggal dunia selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kuala Lumpur dua minggu sebelum itu. Dalam perkongsian tersebut, dia meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak cuba menenangkan ibunya dengan cara tidak sensitif, menyatakan bahawa emaknya masih mempunyai anak lain. Bagi mereka sekeluarga, kehilangan itu tetap meninggalkan kekosongan yang tiada galang gantinya. "Kami baru saja kehilangan kakak kami. Ada sesetengah orang cakap dekat mak tak apa, awak masih ada anak-anak lain. "Tidak ye semua... Kalau kami adik beradik tak ada rancangan lain, ibu saya akan angkut kami lapan beradik kalau pergi kenduri ke atau pergi mana-mana. "Tolong la jangan cakap macam tu kalau tak pernah rasa kehilangan," tulisnya dalam hantaran tersebut. Sumber: mStar |
Goodluckdontcry replied at 15-8-2025 01:55 PM
Manusia mmg suka menghakimi dik tmsklah den ni ha...tp selagi ko xbuat perkara2 yg bukan2, persetank ...
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.233559 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.