CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Kes bagi tulang ayam kepada gelandangan: Tiga remaja bebas dengan jaminan polis

7-8-2025 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1551| Komen: 10



SEREMBAN – Tiga remaja lelaki termasuk seorang juvana yang ditahan susulan kes memberi sisa makanan iaitu tulang ayam kepada seorang gelandangan, telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian itu berlaku di daerah ini dan kesemua mereka ditangkap polis kelmarin di Johor serta direman pada hari sama.

“Kita ada buat tangkapan di Johor ke atas tiga remaja lelaki berusia antara 14 hingga 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes tular yang berlaku di daerah ini.

“Reman selama dua hari bermula kelmarin, namun kesemua mereka sudah pun dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam selepas dirakam keterangan,” katanya hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kenyataan mengaibkan yang boleh menyebabkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. 


Sumber:– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 7-8-2025 01:58 PM
kenapa tidak dikenakan tindakan tegas supaya yg lain2 pun x akan ulang benda yg sama.
Quote Skuau 7-8-2025 02:50 PM
bulalof replied at 7-8-2025 01:58 PM
kenapa tidak dikenakan tindakan tegas supaya yg lain2 pun x akan ulang benda yg sama.

sila rujuk kes:
Veteran askar ceroboh tanah.
                     VS
Veteran komunis ceroboh tanah.
Quote Purestteam1 7-8-2025 04:53 PM
so.... dah selesai ke....  tengok apa ending
Quote TeropongThaico 7-8-2025 04:59 PM
Quote otai_g 7-8-2025 05:06 PM
Tgk muka pun mmg muka komunis
Quote Freezies 7-8-2025 05:08 PM
Kemungkinan oku jugak..mana tau kan?
Quote cmf_almondpecan 7-8-2025 05:39 PM
3 ekor ni memang bodoh takde logik akal.
Quote PULANGKAN 7-8-2025 09:19 PM
mengarut

sangat tak adil
Quote Melanie91 8-8-2025 07:09 AM
Kalau ikutkan apa yg dia justify. Diaorang dah pakat dngn pakcik tu utk buat content. Lps habis shoot tu mmg dorang bagi set nasi ayam 2 ketul kfc. Tp tu lah x faham apa motif n pengajaran content tu
Quote bunnyj3lly 8-8-2025 08:44 AM
Melanie91: Kalau ikutkan apa yg dia justi ...


Motif viral sajeee... Click bait, rage bait - ni semua content yg boleh jana duit dengan banyak walaupun tak beretika.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.138244 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top