CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Pasta cabonara serta aglio olio ditambah ayam saiz pemadam lapan ketul RM5?

7-8-2025 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2092| Komen: 15

 


PETALING JAYA – Seorang lelaki meluahkan kekecewaan apabila makanan yang dipesan iaitu pasta cabonara serta aglio olio ditambah ayam panggang langsung tidak seperti yang digambarkan.

Ini kerana kata lelaki berkenaan, pasta ayam yang diletakkan dalam pasta berkenaan terlalu kecil dan tambahan ayam panggang yang dipesan juga kecil walaupun terpaksa membayar ekstra RM5.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Himpunan Cerita Lawak, lelaki berkenaan telah memesan makanan tersebut dari sebuah kedai pasta terkenal.

“Korang tahu tak aku dapat chicken grill (ayam panggang) lapan ketul macam ni je. Takkan lapan ketul macam ini pun RM5?

“Kau meniaga macam mana? Memang ada lapan ketul, tapi apa benda lapan ketul macam ni (ayam kecil),” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut terkejut dengan menu yang dipesan lelaki tersebut yang tidak sepadan harga yang dibayar hampir RM50.


“Saiz ayam dah macam pemadam anak tadika saya yang dah pakai seminggu,” komen Rosliza Ramli.

“Besar pemadam anak kat rumah je (ayam panggang) tu,” kata Akak Mandarin.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Arianna Anatasha Maksu.

“Dah macam chicken cube (kiub ayam) yang kucing aku makan je ayam lapan ketul tu,”selorohnya.


Sumber:– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 7-8-2025 01:50 PM
Coba ini .. Woow spagheti yang Enak dan Murah.... Di Indonesia harganya hanya Rp3,000... X tahu harganya jika dijual  di  MalayDesh ...

[youtube]s_FD8BjlbNQ[/youtube]

Quote midori888 7-8-2025 02:08 PM
Semlm makan pasta for dinner in nice restaurant, baru RM38 jer...sedap pun sedap...
Quote vanilacup 7-8-2025 02:14 PM
Baru tadi makan spaghetti buttermilk tapi letak dlm 3-4 ketul cendawan hitam..
Ayam x nampak so harga hanya RM 7.00
Oklah skrg ni struggle nak cari makanan lunch bawah RM 10.00
Quote Samerosie 7-8-2025 02:15 PM
nusaraya replied at 7-8-2025 01:50 PM
Coba ini .. Woow spagheti yang Enak dan Murah.... Di Indonesia harganya hanya Rp3,000... X tahu harg ...

Euuwww bolognese apa ini miska sos nya dipicit dr kantung plastik gitu. Ya, harus bagus banget tuk pebduduk indon yg marhaen.
Quote Samerosie 7-8-2025 02:17 PM
Patut tanya kenapa aglio olio sampai dekat rm17, just garlic and oilive oil je kan boleh buat kat rumah kalau nak dah tu nampak very dry lak tu.  Kalau dah situ tulis ayam grill 8 pieces rm5 pun dah redflag situ.
Quote Mary_jane 7-8-2025 08:58 PM
Mesti auto kenyang kalau jadi macam ni kan? Hampeh betul. Sila report.
Quote rosmahisham 7-8-2025 10:49 PM
Pastanya pon kembang kosong gitu x menarik..oglio/cabonara tu letak la capsicum merah,hijau,kuning..letak tomato cerry ke..untung byk dh tu rm17..noaga kena ikhlas..jgn org maki ko..rezeki x berkat!
Quote B40tastePosh 9-8-2025 09:43 AM
Samerosie replied at 7-8-2025 02:17 PM
Patut tanya kenapa aglio olio sampai dekat rm17, just garlic and oilive oil je kan boleh buat kat ru ...

Buat sendiri di rumah saja. Mahal sebab Italian food tu ja
Quote B40tastePosh 9-8-2025 09:44 AM
nusaraya replied at 7-8-2025 01:50 PM
Coba ini .. Woow spagheti yang Enak dan Murah.... Di Indonesia harganya hanya Rp3,000... X tahu harg ...

Tampak kurang bergizi untuk otak.
Quote Minami2013 9-8-2025 10:07 AM
Kalo tak tambah ayam rm5, kosong gitu je pasta nya.
Quote Decaffeinated 9-8-2025 10:16 AM
Aku kira ada 8 ketul 1/2
Quote FOTHER-MUCKER 9-8-2025 10:55 AM
Jikalau setakat aglio olio tu buat sendiri, terlalu mudah
Quote lolipopmanish 9-8-2025 11:46 AM
Mcm kibbles wetfood anak bulus aku je
Quote nusaraya 9-8-2025 12:32 PM
B40tastePosh replied at 9-8-2025 09:44 AM
Tampak kurang bergizi untuk otak.

Tetapi dapat dipastikan dan dijamin  bahwa yang makan jenis spagheti itu X akan menderita penyakit gangguan jiwa  WAHAM atau Narsistic Mental Disorder seperti yang diderita oleh anda dan majority Type-M IQ RM-15 mulai dari level  rendah  hingga level puncak di MalayDesh ...





Quote B40tastePosh 9-8-2025 09:58 PM
Nak sedap letak daun selasih biar wangi...so lena rajin tanam selasih

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.085005 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top