CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bradley Simpson nak ‘menang’ Wimbledon, jadi Jannik Sinner

5-8-2025 08:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1045| Komen: 1

 


PENYANYI Britain, Bradley Simpson tidak menolak andai diberi peluang membina nama sebagai anak wayang dalam pada namanya kini kian dikenali sebagai penyanyi solo.

Vokalis band The Vamps itu mendedahkan pernah menjalani uji bakat untuk satu projek lakonan, namun ternyata rezeki belum berpihak pada dirinya.

“Saya pernah menjalani beberapa uji bakat (filem). Saya tak boleh dedahkan tapi projek itu sebuah naskhah muzikal.

“Saya baru sahaja menonton biopik Bob Dylan (A Complete Unknown). Saya sangat sukakan filem itu. Sangat menarik dan mungkin suatu hari nanti, giliran saya pula menterjemah karya biopik,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bradley, 30, mendedahkan, pengalaman uji bakat projek filem tersebut berlaku sekitar empat atau lima tahun lalu. Katanya, rasa gemuruh amat berbeza berbanding menyanyi di atas pentas.

“Pengalaman yang menakutkan, namun pada masa sama memberi banyak makna kepada saya.


“Saya tidak dapat peranan yang saya uji bakat tetapi saya pulang dengan pengalaman berharga,” katanya lagi.

Sementara itu, ditanya sama ada dia pernah terlintas untuk menulis lagu dari perspektif orang lain, Bradley tanpa ragu-ragu menyebut nama pemain tenis lelaki nombor satu dunia, Jannik Sinner.

“Kalau diberi peluang menulis karya muzik, saya ingin sekali berkarya dari minda atau perspektif Jannik Sinner yang baru sahaja menang Wimbledon baru-baru ini.

“Saya tak pernah rasa bagaimana rasanya menang Wimbledon, jadi nak tulis dari kerangka minda Jannik Sinner—andai itu bukan satu benda yang mustahil,” katanya.

Mengulas lanjut, Bradley yang kini mencuba nasib sebagai penyanyi solo berkata, sukan tenis atau golf mengajar dirinya untuk menggali sisi individualistik tanpa perlu mementingkan diri sendiri.

“Sama macam situasi saya sekarang yang ingin mencuba nasib sebagai penyanyi solo. Banyak tanggungjawab. Sama macam sukan tenis.

“Sukan tenis perlukan ‘sparring’ yang hebat untuk melahirkan permainan yang hebat untuk peminat atau penonton. Itu yang memacu motivasi saya untuk bergerak sebagai Bradley Simpson (penyanyi solo),” jelasnya.

Bradley meluncurkan projek solonya berjudul The Panic Years yang memuatkan lagu-lagu seperti Almost, Daisies, Picasso dan Carpet Burn.

Dalam pada itu, dia juga sempat merilis versi remix Almost yang menampilkan Hongjong of ATEEZ.

Selain itu, Bradley juga sempat berkongsi pentas dengan Henry Moodie di ketika menjadi ‘opening’ atau penyanyi pembuka persembahan Henry Moodie 2025 in Kuala Lumpur bertempat di Zepp, KL pertengahan Julai lalu. 

Aksi Bradley ketika konsert Henry Moodie 2025 in Kuala Lumpur bertempat di Zepp, KL pertengahan Julai lalu. –  Foto Ihsan | Joshua Fairbrother


Sumber – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 14-9-2025 01:00 AM
Okay.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.070547 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top