|
MOSCOW – Seorang pempengaruh media sosial di Russia patah tulang belakang selepas terjatuh ketika melakukan cabaran media sosial dinamakan Stiletto Challenge (cabaran kasut tumit tinggi), lapor akhbar The Sun UK semalam. Ketika kejadian, Mariana Barutkina, 32, cuba mengimbangi balang makanan bayi di atas periuk terbalik yang dilakukan sambil memakai kasut tumit tinggi. Rakaman video menunjukkan wanita dari Yekaterinburg itu cuba duduk di atas meja dapur dalam keadaan bersilang kaki sebelum dia jatuh ke belakang. Tindakan itu dilakukan ketika Stiletto Challenge tular di media sosial baru-baru ini. Ia merupakan aksi popular dalam video muzik High School nyanyian penyanyi Nicki Minaj. “Saya memutuskan untuk memulakan blog dan penggambaran kandungan sosial pertama saya. Akhirnya, saya perlu dirawat oleh doktor,” katanya yang baru lapan minggu melahirkan anak selepas melakukan aksi tersebut.
Aksi Mariana mengundang kecaman pengguna media sosial dengan ramai individu menyelar tindakannya kerana memilih untuk melakukan aksi berbahaya berbanding menjaga anaknya. “Apakah jenis didikan yang akan diterima oleh seorang anak daripada pempengaruh media sosial seperti ini?,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI |
azimie replied at 6-8-2025 02:42 AM
sama mcm aku la, mc 8 minggu
patah tulg belakg jatuh bilik air 2 mggu lepas .. huhu
azimie replied at 6-8-2025 02:42 AM
sama mcm aku la, mc 8 minggu
patah tulg belakg jatuh bilik air 2 mggu lepas .. huhu

azimie replied at 6-8-2025 02:42 AM
sama mcm aku la, mc 8 minggu
patah tulg belakg jatuh bilik air 2 mggu lepas .. huhu



© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.290708 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.