CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

‘Boleh tak buat pedas-pedas, saya stres’ - Pesanan pelanggan wanita dibalas oleh penjual nasi goreng

4-8-2025 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1030| Komen: 9

 


Hanya kerana selipar ‘dirembat’ anjing, seorang wanita bertindak memesan nasi goreng pattaya kerang udang selambak extra pedas untuk menghilang stres.

Menerusi perkongsian di laman Instagram Daily Makan, pesan tersebut telah dibuat menerusi dalam talian ke atas sebuah kedai.

Lebih memilukan, dalam pesanan itu juga, wanita terbabit sempat meluahkan isi hatinya termasuk perangai teman lelakinya yang tidak mengambil kisah terhadap dirinya.

“Boleh tak buat pedas gila-gila, saya stres selipar kena rembat anjing, gas rumah habis, exam (peperiksaan) susah, bf (teman lelaki) saya buat saya macam tidak wujud.

“Saya taknak cederakan diri saya, jadi saya pilih untuk makan pedas. Terima kasih sangat kalau dapat buat pedas gila-gila, maaf susahkan,”tulis wanita pada pesanan makanan itu.

Bagaimanapun, semasa pesanan tiba, pihak penjual nasi goreng terbabit sempat menitipkan kata-kata nasihat buat wanita terbabit.


“Kekal kuat okay, anjing itu tak salah mungkin selipar itu nak putus. Kalau part (bahagian) bf tu mungkin dia seorang lelaki tak guna, ada teman lelaki encem (kacak), ‘greenflag’ yang tengah tunggu.

“Nikmati nasi goreng pedas-pedas awak.Nanti bagi saya ‘rating’ yang ok sikit tau, biar kami pulak tidak stres,”tullis penjual terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur dengan celoteh wanita dan penjual nasi goreng terbabit.

“Bagus akak ni dia lagi sanggup bunuh diri daripada bunuh diri. Semoga akak bertabah,”tulis ramon_addy.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai ash_idah79.

“Sepatutnya pesan nasi goreng cili padi,”ujarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 4-8-2025 09:24 AM
Bagus akak ni dia lagi sanggup bunuh diri daripada bunuh diri. Semoga akak bertabah

Xfhm ayat ni
Tolong lukis
Quote Cpkay 4-8-2025 09:53 AM
benda benda kecil macam ni lah sebenarnya membuatkan kita lebih kuat.. sometimes orang yang rapat or family tak membantu apa pun .
Quote KamikuP 4-8-2025 09:58 AM
cAntiknya tulisan tu.. tersusun dan terhibur membacanya
Quote Mummycomby 4-8-2025 12:15 PM
hahaha comell je mbalas... semoga bisnes dan akk tue di permudahkan...
Quote afie_m 4-8-2025 03:45 PM
mesti rasa terubat sikit bila dapat nasi tu dan nota tu...
Quote anisanim 7-8-2025 12:05 AM
Hahaha ..hilang terus stress dapat kata semangat camni
Quote hakakkepochi8 11-8-2025 01:12 PM
Effort tau owner kdai nk bg smgt utk akak ni. Smoga baik2 sllu.
Quote atie77 13-8-2025 09:55 PM
Lawa tulisan.. Semoga hilang la stress dia dapat maka  pedas

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.424578 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top