|
PENYANYI Ashanty mengakui keputusan menutup 15 cawangan kedai bakeri miliknya bukan satu perkara mudah malah turut membuatkan dia berasa tertekan. Suara melaporkan, Ashanty memberitahu keputusan itu bukan hanya memberi kesan kepada perniagaannya tetapi turut memikirkan nasib lebih daripada 200 pekerja yang bakal hilang pekerjaan. Kata Ashanty, dia terpaksa menerima rawatan psikiatri dan memeriksa masalah tidur yang dihadapi di hospital. "Saya sudah dua kali ke psikiatri dan hasil sleep study pun menunjukkan saya memang mengalami tekanan kronik. "Saya fikir tentang nasib pekerja saya, ada yang anak ramai. Cari kerja sekarang memang susah," katanya. Sebagai alternatif, penyanyi lagu Kesakitanku ini merancang untuk membuka kedai mi ayam di sebuah lokasi kedai yang masih dalam tempoh penyewaan sehingga September 2026.
Pada Khamis, Ashanty memaklumkan sudah menutup 15 cawangan kedai bakeri miliknya yang diusahakan selama enam tahun. Jelas Ashanty, penutupan itu bukan disebabkan tiada keuntungan sebaliknya berdepan masalah dalaman dengan rakan niaga. Sumber – mStar |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.995217 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.