|
DISEBALIK penampilan yang sentiasa rapi, supermodel Tyra Banks mendedahkan beberapa tabiat pelik yang sering dilakukannya demi kepuasan peribadi. Tyra, 51, berkata dia gemar mengorek kotoran kuku kaki serta memicit jerawat orang terdekatnya. Katanya, dia turut memiliki set lengkap termasuk alkohol untuk memastikan kebersihan selepas melakukannya. "Saya suka mengorek kotoran dalam kuku kaki. Saya tidak keberatan untuk mengorek dan membersihkannya. "Di situ banyak kotoran dan kadang-kadang miliki warna yang berbeza... ada coklat atau hijau," katanya. Dia berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu di rancangan Today's Jenna & Friends. Apa yang lebih mengejutkan, Tyra mengakui dia tidak teragak-agak untuk memicit jerawat atau membersihkan kaki sesiapa sahaja, termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan rapatnya.
“Saya tahu ia kelihatan menjijikkan, tapi saya tidak boleh hentikan. Kalau saya nampak jerawat, saya akan terus fokus kepadanya. Saya memang ketagih, macam penonton tegar rancangan Pimple Popper,” jelasnya. Selain itu, Tyra turut berkongsi satu lagi tabiat peliknya iaitu memakan semula sisa makanan yang terjatuh atas katil. Walaupun menyedari tabiat-tabiat itu tidak biasa dan boleh dianggap tidak bersih, Tyra mengaku ia memberi kepuasan tersendiri yang sukar dijelaskan. Sumber – mStar |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.382549 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.