CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Mesej lucah dengan gadis bawah umur terbongkar, bekas ahli Maroon 5 mengamuk pada isteri

1-8-2025 10:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2277| Komen: 26

 


ISTERI kepada bekas kumpulan Maroon 5, Mickey Madden tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dipukul selepas mempersoalkan tindakan suaminya yang dikatakan menghantar mesej lucah kepada gadis bawah umur.

Catherine atau nama sebenarnya Catherine Blair Bowman mendedahkan, dia menerima mesej daripada seorang remaja perempuan pada 21 Julai lalu yang memaklumkan tentang kelakuan tidak senonoh Mickey.

Jelas Catherine, niatnya hanyalah untuk mendapatkan penjelasan namun keadaan bertukar tegang apabila dia diserang secara fizikal selepas cuba mengambil telefon suaminya bagi melihat mesej berkenaan.

“Saya nampak dia padam mesej dalam telefon. Bila saya lari keluar bawa telefon itu, dia terus marah. Dia peluk saya daripada belakang dan hempas badan saya ke kaunter dapur. 

"Saya jatuh dan dia terus menjerit suruh pulangkan telefon,” katanya. 


Perkara itu dimaklumkan Catherine dalam dokumen mahkamah selepas dia memfailkan perintah larangan sementara terhadap Mickey di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Khamis.

Menerusi tangkap layar mesej yang disertakan bersama dokumen tersebut, Mickey didakwa memberi alasan komunikasi seksual (sexting) hanyalah fantasi peribadi tanpa melibatkan mana-mana individu. 

Selain itu, Catherine turut mendakwa suaminya pernah menolak untuk melakukan hubungan intim selepas dia menyatakan hasrat mahu hamil, sebaliknya memilih untuk tidur dengan pelacur.

Sumber – mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MarryPottet 2-8-2025 01:49 AM
Edited by MarryPottet at 2-8-2025 01:58 AM

Sebelum ada yg tanya Mickey Madden & Maroon 5 ni retis tempatan ke sebab wartawan kelas tersendiri buka tered kat gosip tempatan, ni aku nak kabor - ya Maroon 5 ni group asal Mergong, Kedah yg aktif nyanyi kat kenduri kawen & fun fair masa diawal pembabitannya sebelum femes seantero dunia
Nama asal grup ni Mergong Berlima bersempena nama daerah asal mrk tapi bila nak go internasional, mrk tukar nama jadi Maroon 5
Fun fact : bakat mereka dikesan oleh talent agent dari Hollywood masa mereka nyanyi kat tapak pesta Pulau Pinang
Fun fact 2 : nama sebenar Mickey Madden ialah Mohd Maliki bin Maidin
Quote fattymah 2-8-2025 01:54 AM
MarryPottet replied at 2-8-2025 01:49 AM
Sebelum ada yg tanya Mickey Madden & Maroon 5 ni retis tempatan ke sebab wartawan kelas tersendiri b ...

Depa ni selalu lepak makan kat kuetiau iman lepaih isyak
Quote MarryPottet 2-8-2025 02:05 AM
fattymah replied at 2-8-2025 01:54 AM
Depa ni selalu lepak makan kat kuetiau iman lepaih isyak

Haa kan
Kat majalah mangga dulu ada poster mereka berlatar belakang kedai kuetiau iman
Femes lah kuetiau iman masa tu bila mereka tolong promote
Quote NuansaBiru 2-8-2025 06:06 AM
MarryPottet replied at 2-8-2025 01:49 AM
Sebelum ada yg tanya Mickey Madden & Maroon 5 ni retis tempatan ke sebab wartawan kelas tersendiri b ...


Pembetulan sikit, nama pak dia mat din bukan maidin. Radhi mat din bekas pemain bola skrg adun aloq mengkudu tu abang dia.
Quote noell 2-8-2025 07:14 AM
hahhahahah reporter cari dh kalut dgn takcukup kpi elaun kurang bln lepas nak kena cover bln neh kira kita hentam sajala labu
Quote miss_perfect 2-8-2025 09:14 AM
MarryPottet replied at 2-8-2025 01:49 AM
Sebelum ada yg tanya Mickey Madden & Maroon 5 ni retis tempatan ke sebab wartawan kelas tersendiri b ...


Thank you atas infonya. Tak tau pun sejarah diorang selama ni. Tapi macam lupa daratan je depa ni. Takde ke nak buat konsert kat tanah air. Mentang2 dah kaya raya.
Quote telracs 2-8-2025 09:24 AM
Kompius makcik...
Quote lo_la 2-8-2025 10:11 AM
MarryPottet replied at 2-8-2025 01:49 AM
Sebelum ada yg tanya Mickey Madden & Maroon 5 ni retis tempatan ke sebab wartawan kelas tersendiri b ...

Nice one
Quote luc 2-8-2025 10:36 AM
MarryPottet replied at 2-8-2025 01:49 AM
Sebelum ada yg tanya Mickey Madden & Maroon 5 ni retis tempatan ke sebab wartawan kelas tersendiri b ...

Terima kasih ke hadapan informati ini. Setiap sudut hari kita membelajari sesuatu yang baharu dan terkini.
Quote dua_chzy 2-8-2025 11:06 AM
MarryPottet replied at 1-8-2025 05:49 PM
Sebelum ada yg tanya Mickey Madden & Maroon 5 ni retis tempatan ke sebab wartawan kelas tersendiri b ...

Tq info. Baru tau pasal ni.
Quote slyfynx 2-8-2025 02:12 PM
Oh, retis tempatan maroon 5 ni.
Kumpulan merah manggis berlima.
Start dgn nyanyi boria kam komtar je deme ni
Quote NuansaBiru 2-8-2025 02:23 PM
Edited by NuansaBiru at 2-8-2025 02:24 PM

Ramai yg tak tahu patutnya lagu moves like jagger layak masuk ajl tahun tu. Lagu tu pasal budak kerja jaga lembu. Adam levine (lahir di mergong tapi makpak asal dr simpang lawin, kola kangsar) buat lagu pasal pengalaman heshe kerja jaga lembu lepas habih spm dulu2
Quote fattymah 2-8-2025 08:23 PM
Hahahar
Quote seibei 2-8-2025 10:08 PM
MarryPottet replied at 2-8-2025 01:49 AM
Sebelum ada yg tanya Mickey Madden & Maroon 5 ni retis tempatan ke sebab wartawan kelas tersendiri b ...

tq sharing info.. xtau ckp melayu lgsg eh sjk dah go internesenel. lupa daratan
Quote royaldanish 3-8-2025 04:56 AM
MarryPottet replied at 1-8-2025 05:49 PM
Sebelum ada yg tanya Mickey Madden & Maroon 5 ni retis tempatan ke sebab wartawan kelas tersendiri b ...

alamak nak kena infom jiran lah pasni
Quote Farnor 3-8-2025 06:42 AM
Konfius guwe.. Informasi pasal marroon 5 hahahaha... Adoilahh
Quote L.U.S.M 3-8-2025 06:47 AM
Edited by L.U.S.M at 3-8-2025 06:51 AM

Hahahahah..zaman tu xde intenet lg...mesti yg share asal usul kump ni dulu kerje tukang kutip props dorg lps nyanyi kt funfair sana

Quote tipah89 4-8-2025 11:37 AM
terhibur sis baca komen2 kat atas..hahahaahha.aha.ha.ha
Quote marchikobonzo 4-8-2025 11:55 AM
MarryPottet replied at 1-8-2025 05:49 PM
Sebelum ada yg tanya Mickey Madden & Maroon 5 ni retis tempatan ke sebab wartawan kelas tersendiri b ...

Kahkah..org kedah rupanya..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.059409 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top