CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tak mahu terlibat konflik rebut harta, anak Hulk Hogan, Brooke Hogan minta nama dikeluarkan daripada wasiat

31-7-2025 11:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 998| Komen: 3

 


SALAH seorang anak kepada lagenda gusti dan pelakon Hulk Hogan dilaporkan enggan menerima sebarang harta pusaka yang ditinggalkan.

Memetik laporan TMZ, sumber terdekat mendedahkan Brooke Hogan sebenarnya sudah meminta namanya dikeluarkan daripada wasiat bapanya sejak dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat kerana Brooke tidak mempercayai individu yang berada di sekeliling bapanya.

Malah dia juga enggan terpalit dengan konflik kewangan melibatkan harta milik bapanya. 

"Brooke cuma mahu lindungi ayahnya daripada orang yang mungkin ambil kesempatan. Tapi selepas bertahun-tahun tidak sependapat (dengan Hulk), dia akhirnya hubungi pengurus kewangan Hulk dan minta namanya dikeluarkan daripada wasiat," kata sumber.

 


Walaupun kecewa kerana merasakan Hulk tidak mempercayai niat baiknya, Brooke tetap berpegang kepada prinsip dia tidak pernah mengejar harta.

Namun begitu, Brooke dikatakan masih akan menerima sejumlah wang daripada dana insurans hayat milik Hulk. 

Untuk rekod, Hulk atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea pernah berkahwin tiga kali dan memiliki dua cahaya mata.

Sumber – mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 1-8-2025 08:16 AM
wow
Quote apedehal 10-8-2025 08:38 PM
Ini rare ye

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.042399 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top