CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

4 anak dilayan kasar, heret macam lembu! Bibik kantoi dera budak, majikan tergerak hati nak tengok CCTV

28-7-2025 09:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3522| Komen: 23

 


SEORANG lelaki memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan bagaimana empat anaknya dikasari oleh pembantu rumah.

Menerusi hantaran di Thread, lelaki itu berkata kejadian tersebut terbongkar selepas dia meneliti rakaman CCTV [Tonton Video] pada Sabtu lalu.

"Kami menangkap pembantu rumah yang mengasari anak kami secara berterusan. Allah mengerakkan hati kami untuk melihat CCTV di rumah," tulisnya.

Menerusi video dikongsi, pembantu warga Indonesia itu dilihat beberapa kali mengasari anak-anaknya ketika mereka berada di ruang tamu dan di bilik mandi.

 


"Di sini nampak dia menarik kaki anak perempuan bongsu kami dengan merentap sehingga tersungkur ke bawah. Selepas makan dia memandikan anak-anak saya dengan kasar.

"Dia menarik rambut anak ketiga saya sampai macam tu sekali. Apa salah dia? Tengok cara dia lap badan anak saya, kasar.

"Dia memberi makan anak-anak saya dengan 'menonjol' sudu dengan begitu kasar sekali.

"Nampak, dia mengheret anak nombor dua saya macam heret lembu," demikian antara kapsyen pada video yang dikongsi lelaki itu.

Menurut lelaki itu lagi, dia terus bersemuka dengan pembantu itu sejurus pulang ke rumah sambil menunjukkan semua bukti rakaman berkenaan.

Pembantu itu kemudiannya mengakui segala perbuatannya.

Selepas diberhentikan pada hari yang sama, dia memaklumkan dirinya juga sebenarnya mahu berhenti kerja kerana sudah ditawarkan pekerjaan lain.

Dalam hantaran sama, lelaki itu berkata dia bersyukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

 
Sumber : MStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 28-7-2025 10:03 PM
kongsi kat socmed thread aja
nape tak buat report polis

ni bukan kes buli anak ayam
ni anak manusia
yg ko lepaskn buat apa? dh la butiran nama suspek tak didedahkan,
kang besok2 dia buat perangai lagi bunuh anak majikan lain cmne?
Quote PULANGKAN 28-7-2025 10:04 PM
Selepas diberhentikan pada hari yang sama, dia memaklumkan dirinya juga sebenarnya mahu berhenti kerja kerana sudah ditawarkan pekerjaan lain.


dah kalau taknak kerja, kenapa aniaya budak?

anak jiran aku kena rentap tangan, waktu pengasuh jaga, berpusing tulang budak tu. teka umur budak tu? baru setahun lebih. lahir elok sempurna, orang jaga, cacat terus

aku tak boleh terima la kes melibatkan budak kecik
memang semua pelaku aku nak kenakan tindakan maksimum
Quote sharlenetexas 28-7-2025 10:19 PM

[ig]https://www.instagram.com/reel/DLlMCEECdEc/?igsh=NWlzdHQ5am1udjB2[/ig]


Quote Goodluckdontcry 28-7-2025 10:35 PM
Amboi. Cat's story pun .mcm yg selalu acik porumers tulis ke.."once u go black, u will never turn back" ke apatah.. kehkehkeh

Bg den bgla seribu pun, den xkan jaga anak org..sbb den tau kemampuan diri..klu sejuta, mgkin den consider.. kehkehkeh
Quote shernazz 29-7-2025 09:52 AM
Mmg susah nak dpt maid yang bagus...
Mcm kawan iols dapat bibik.dah nak dekat 20 tahun rasanya keje dgn dia..
Mmg bibik.tu dah mcm family sendiri dah..
Iols datang rumah tengok bagus dia..
Orang indon. Dah umur nenek2 dah sekarang..
Sekarang katanya relaks sikit sebab anak2 dah besar, jaga anak kawan iols yang bongsu je...umo 10 tahun...haha..

Quote dua_chzy 29-7-2025 10:13 AM
Sorang maid, jaga 4 budak, kalau bebudak tu jenis hiper, memang boleh naik baran.
Quote dua_chzy 29-7-2025 10:14 AM
Lain kali ambik 2 maids la. Sorang tukang buat kerja2 rumah, sorang tukang jaga anak. Kalau mampu la.
Quote Lampuled 29-7-2025 10:30 AM
dua_chzy replied at 29-7-2025 10:13 AM
Sorang maid, jaga 4 budak, kalau bebudak tu jenis hiper, memang boleh naik baran.

Nak komen mcm ni gak. Boleh burned out tau. Lain lah kalau tak payah buat benda lain. Masak mengemas semua majikan dah settlekan. Maid tinggal jaga dan pantau je. Budak besar2 ni tgh aktif better hantar day care jer.
Quote girlfridayz 29-7-2025 11:04 AM
mak bebudak ni ckp, 3/4 anak ni dah sekolah n dia antar umah kakak dia. Maid ni cuma jaga full time 1/4 orang je. time video ni tataula apesal ada semua, time ptg kot. haku laaa kalau dpt haku tarik rambut dia n kasi penampaq berdas2 dulu baru release. pepagi dah buat nanges teringat anak kat umah baya2 ni la... sedih wey bebudak takleh nak cite apa org buat kat dia....
Quote pocongkiutss 29-7-2025 11:35 AM
batmana replied at 28-7-2025 10:03 PM
kongsi kat socmed thread aja
nape tak buat report polis


Lorh..Sebenarnya dia tak report ke? Adui buduhnya
Quote pocongkiutss 29-7-2025 11:41 AM
Goodluckdontcry replied at 28-7-2025 10:35 PM
Amboi. Cat's story pun .mcm yg selalu acik porumers tulis ke.."once u go black, u will never turn ba ...

Sama la noks..bukan senang oii...iols sebagai salah seorang spesis manusia yg bukan jenis minat bayi (semua org kata bayi chonel manakala iols rasa fasa toddler baru bebudak ni nmpk kiut) & budak2 pun kalau jenis yg buat perangai ...mmg payah iols nk bersabor..makanya iols sedar diri la..takde la nk buat part time jaga budak ke ..jaga anak sendiri sudeh

Baideway..kpd mangkuk2 tgkt yg sama mcm iols ni..tlglaaaa jgn keje taska..jgn jd maid ke apa..baik ko keje kilang jah atau jd live host shopee .ni dh tau tak suka budak..semata2 duit ko pi amik keje melibatkan budak2 mcm kiddocare bagai (ada ye complain kiddocare ni..nasib la yg dtg tu cemana)
Quote pocongkiutss 29-7-2025 11:43 AM
girlfridayz replied at 29-7-2025 11:04 AM
mak bebudak ni ckp, 3/4 anak ni dah sekolah n dia antar umah kakak dia. Maid ni cuma jaga full time  ...

Kiranya anak yg dh sekolah ni report la kan kt parentsnya

Iols masa kecik dulu pun pernah ada bad experience dgn maid..tp masa tu betul2 naif..ingtkn benda tu tak salah..jd mmg takde la nk report kt parents..haih betul2 lurus bendul..dgn anak iols ni mmg iols kena ajar
Quote girlfridayz 29-7-2025 11:52 AM
pocongkiutss replied at 29-7-2025 11:43 AM
Kiranya anak yg dh sekolah ni report la kan kt parentsnya

Iols masa kecik dulu pun pernah ada bad ...

dia takde mention anak report pon sissy.. dia ckp tergerak ati tgk cctv. ya Allah berderainye ati mak2 iols ni tgk..
abes uols skang ni takde certain trauma ke lepas kena ngn maid camtu?
Quote krustykrab 29-7-2025 11:58 AM
Nusaraya ni mmg mcm tu perangai dia. Dia sebenarnya tak minat pun nak jagi bibik. Tapi nak pi keje lain yg boleh jalan sana jalan sini.
Kan nusa?
Quote Shaheeran 29-7-2025 01:53 PM
Kakak aku pernah alami kes ni. Anak 2 orang umur 2 dan 4 tahun. Maid tu tak kasi makan, tak kasi mandi, tak tukar lampin sampai la ke petang baru la kasi makan, kasi mandi sedang elok kakak aku sampai dari kerja. Dia akan keluar pegi dating ngan bf keje construction, bila 3pm baru balik rumah. Maid rumah sebelah tau tapi diam ja namun rasa bersalah berdosa kot dia gi cakap kat boss dia, boss dia kasitau kakak aku. Jadi kakak aku amik cuti, tapi pura2 pegi keja macam biasa dan monitor dari umah jiran. Memang betul pon. So masa maid tu kluar Kakak aku pack barang2 dia dalam bag sampah, letak kat luar. Tukar kunci mangga. So dia takleh masuk rumah. Kakak aku bawak anak2 keluar. Letak nota kalau dia nak passport dia, pegi balai polis.
Quote dani-rox 29-7-2025 08:13 PM
Pembantu itu kemudiannya mengakui segala perbuatannya.

Selepas diberhentikan pada hari yang sama, dia memaklumkan dirinya juga sebenarnya mahu berhenti kerja kerana sudah ditawarkan pekerjaan lain.

Dalam hantaran sama, lelaki itu berkata dia bersyukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.


Maid bangkai tu buat kat anak org lain pulak. Kalo patah riuk ke mati ke, barulah ko nak ber what if, what if

Quote belilies 29-7-2025 08:17 PM
Takde ke yg bukak benang pasal bapak tanam anak dia umo 6thn tu?
Quote zehra2 30-7-2025 06:42 AM
belilies replied at 29-7-2025 08:17 PM
Takde ke yg bukak benang pasal bapak tanam anak dia umo 6thn tu?

indian kan. dah cerai kot. dia jerut leher anak umur 6 tahun tu dgn cable.
Quote belilies 30-7-2025 12:07 PM
zehra2 replied at 30-7-2025 06:42 AM
indian kan. dah cerai kot. dia jerut leher anak umur 6 tahun tu dgn cable.

Napa rasa cam pernah jadi eh, dejavu sangat. Kesian budak tu, baru nak hidup.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.072053 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top