CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Suami kerap balik pukul 4 pagi... Isteri 'berlakon' tidur, sesekali intai skrin telefon! Sudahnya menyesal sendiri

28-7-2025 09:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1349| Komen: 9

Gambar Hiasan


SUAMI yang pulang lewat hampir setiap hari dari tempat kerja semestinya menimbulkan rasa sangsi dalam kalangan isteri.

Tidak terkecuali wanita apabila suaminya sejak kebelakangan ini pulang ke rumah sekitar pukul 4 pagi.

Melihat 'rutin' itu, dia menyangka suaminya sengaja melengah-lengahkan kepulangan dan tidak mahu meluangkan masa bersama keluarga.

"Lately ni suami aku asyik balik lambat je. Kerja dia memang memerlukan dia stay tengah malam kat site untuk pantau kerja staf. 

"Semalam dia sampai rumah pukul 4 pagi. Aku perasan dia balik sebab rasa dia cium pipi aku masa aku tengah tidur," katanya.

Bagaimanapun dia mula terbit rasa sangsi apabila melihat suaminya memegang telefon dalam suasana gelap.

“Dia baring membelakangkan aku dan mula buka galeri telefon dia. Lama dia tenung gambar aku, lepas tu gambar anak.


"Dia buka video anak masa baby, sengih-sengih tengok. Waktu tu aku tahan air mata,” luahnya lagi.

Paling menyentuh hati apabila suaminya memandang wajah anak mereka yang sedang nyenyak tidur di tengah katil, sebelum mengusap pipinya dengan penuh kasih.

“Lepas tu, dia usap kepala aku. Masa tu aku rasa sayu sangat. Rasa bersalah pun ada sebab sebelum ni aku pernah fikir yang bukan-bukan bila dia balik lambat,” katanya.

Tambah wanita itu, sebagai seorang isteri, adalah normal untuk sesekali dia berasa marah atau kecewa.

Namun, selepas melihat sendiri perlakuan suaminya yang penuh sifat kasih itu, barulah dia sedar bahawa rasa cinta dan rindu itu sentiasa ada, cuma mungkin tidak selalu dizahirkan dengan kata-kata.

"Sebelum dia keluar pergi kerja esoknya, aku luahkan semuanya. Aku minta maaf dan ucap terima kasih atas pengorbanan dia. Walau penat dan tak cukup rehat, dia tetap ingat kami," katanya.

 
Perkongsiannya itu mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen kerana mereka cukup memahami perjuangan suami dalam mencari rezeki.

"Bergelinang air mata baca ni. Saya menangis sebab gembira dengan kebahagiaan awak sekeluarga.

"Kesiannya para suami berjuang mengharungi hujan panas, keluar subuh, balik pun dah tiada matahari di langit, demi mencari rezeki.

"Jaga suami elok-elok, doakan dia sihat, selamat pergi balik kerja dan dapat kerja lebih baik yangg membolehkan dia ada masa dengan keluarga," antara komen netizen.

 
Sumber : MStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 28-7-2025 10:09 PM
teringat ayah iols masa kami kecik

(kami masa kecik tido ramai2 kat ruang tamu, dah besar sikit baru masuk bilik)
kadang2 tengah malam terjaga, terbau asap rokok. dalam gelap malam kat ruang tamu tu, nampak merah dari puntung rokok menyala. ayah duduk kat kerusi hujung, tengok kami tido. kang besok bangun, ayah dah pegi keje. malam masuk tido, ayah belum balik keje. hari offday, ayah bawak jalan-jalan

tunggu sat, aku nak ambush mak ayah aku tengah malam ni, nak peluk diorang jap
Quote KamikuP 29-7-2025 10:49 AM
iNGATKAN kantoi dia nampak laki dia tengok porno.. ekekeke
Quote gideoncross 30-7-2025 04:48 PM
KamikuP replied at 29-7-2025 10:49 AM
iNGATKAN kantoi dia nampak laki dia tengok porno.. ekekeke

Hasanah
Quote matseh 30-7-2025 05:13 PM
Ada juga yg mengaku salah.
Tahniah
Quote capwayang 30-7-2025 05:40 PM
..itu trick untuk rahsia suami teruih-meneruih tak kantoi je dan supaya selepas tu si isteri itu dah tak lagi mengesyaki yang bukan-bukan tapi segala yang disyaki tu sebenarnya terjadi tau. Jangan pernah menyesali..
Quote eyansss 31-7-2025 12:29 AM
capwayang replied at 30-7-2025 05:40 PM
..itu trick untuk rahsia suami teruih-meneruih tak kantoi je dan supaya selepas tu si isteri itu dah ...

aku baru nak cakap menda yang sama...  hahaha...
Quote black_handbag 31-7-2025 10:18 PM
capwayang replied at 30-7-2025 05:40 PM
..itu trick untuk rahsia suami teruih-meneruih tak kantoi je dan supaya selepas tu si isteri itu dah ...

kann.. tah2 suami dia perasan bini dia tak tido lagi tapi pura2 tido. lantas heols berlakonla. hasanah sgt cite ni balik keje pkl 4 pagi nak tengok gmbr anak isteri pulak. tak penat pulak ye esok nak bangun pagi lagi
Quote afie_m 4-8-2025 03:50 PM
nak percaya ke tak ni
Quote anisanim 7-8-2025 12:11 AM
capwayang replied at 30-7-2025 05:40 PM
..itu trick untuk rahsia suami teruih-meneruih tak kantoi je dan supaya selepas tu si isteri itu dah ...

Possibility tu ade, jadi pelakon hebat..tapi harapnya idok le gitu ye..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.034145 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top