CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Ustazah Asma’ Menggigil Tengok Anak Muda Muslim Ikut Trend ’S-Line’

24-7-2025 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6141| Komen: 59

 


Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun mengigil apabila melihat ramai anak muda beragam Islam meniru trend ’S-Line’ sekaligus menjatuhkan maruah dan melondehkan aib sendiri.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Asma’ seolah kelas apabila ramai yang meniru tanpa rasa bersalah serta bangga dengan alasan menigkut trend.

Loading FB Post...

“Dasyatnya fitnah akhir zaman! Maksiat dan dosa bukan lagi disembunyikan, bahkan ditayang, disebar dan dibanggakan dengan alasan mengikut trend,” tulisnya.


Difahamkan, trend tersebut diinspirasikan daripada drama Korea Selatan dimana garis merah yang muncul di atas kepala seseorang itu kononnya menunjukkan dengan siapa dia pernah berhubungan intim.

Apa yang membuatkan pendakwah berkenaan terkejut adalah tindakan ramai anak muda Muslim meniru dan tanpa malu menyuntingnya dengan gambar sendiri dan filter seolah-olah mendedahkan hubungan peribadi mereka.

Sementara itu, pendakwah itu turut menitipkan nasihat kepada anak-anak muda diluar sana agar tidak mengikut trend berkenaan dan ianya perlu dihentikan.

“Trend ini adalah antara fitnah akhir zaman. Ia menghapuskan rasa malu, menjauhkan hati daripada takut kepada Allah.

“Jangan biarkan garis merah yang ditrendykan menjadi sebab maruah tergadai dan aib terbuka di hadapan Allah pada hari tiada tempat berlindung selain rahmat-Nya. Na‘uzubillahi min dzalik,” tulisnya.

Sumber -  Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantthinkofany 24-7-2025 05:04 PM
S line ni apa?
Quote lolipopmanish 24-7-2025 05:10 PM

Dlm kdrama tu tajuk S line

Maksudnya dah berapa ramai dorang buat hub sax gituhh
Quote prince_marhaen 24-7-2025 05:24 PM
Kalau boleh nampak S-Line kat geng2 setazah & usetad...lagi terkejut agaknya...
Quote dua_chzy 24-7-2025 05:50 PM
Deol gurau2 je la hoi. Kan S Line byk2 tu connected to dua orang yang sama. Tapi kalau kau belum nikoh, memang bodoh la dek lagi2 kalau pakai tudung.
Quote dua_chzy 24-7-2025 05:52 PM
Edited by dua_chzy at 24-7-2025 09:53 AM
cantthinkofany replied at 24-7-2025 09:04 AM
S line ni apa?


Garis merah yang connecting orang yang uols dah berhubungqn sex with. Dalam drama Kpop bertajuk S Line, karakter2 dalam tu boleh nampak garis merah tu either naturally born with it or pakai spek yang bagi kuasa tengok S Line.

Interesting concept tapi ujung2 bodoh ja ceritanya. Tipikal kebodohan drama Korea macam Skuirt Game tu.

Quote seri_mawr 24-7-2025 06:03 PM
baru dgr hari ni S Line....

udah kena google jap gi...
tanya AI boleh jugak kot...
Quote Kerusijati 24-7-2025 07:22 PM
Ramai indo je buat trend tu..tak yah ulas sangat kot sazah
Quote fezy 24-7-2025 08:53 PM
Personally, setuju kali ni ngan ustzh ni
Tau lah ko dah kawin, tapi kenapa nak announced kat org yg ko dah berjinak ngan laki ko

X bgtau pun, org tau
Quote plywood 24-7-2025 09:07 PM
"S Line" is a new K-drama set to be released on July 11, 2025, that explores the concept of visible red lines appearing above people's heads, connecting them to those with whom they've had sexual encounters.

This phenomenon reveals hidden sexual histories and exposes sensitive information, leading to shame and societal judgment.

The drama follows Detective Han Ji-Wook, who investigates the mystery of the "S Line", and high school teacher Lee Gyu-Jin, as well as a high school student, Shin Hyeon-Heup, who has been able to see the lines since birth.
Quote plywood 24-7-2025 09:11 PM
Cerita drama rekaan ... cerita drama yang dicipta oleh manusia dengan khayalan dan bersifat palsu semata-mata. Drama dibuat  untuk bisnes... nak dapat duit, maka cipta cerita bohong dan palsu ..tapi diharap jangalah layan mcm benda ni real ...

Quote hmmlantakko 24-7-2025 09:47 PM
Kerusijati replied at 24-7-2025 07:22 PM
Ramai indo je buat trend tu..tak yah ulas sangat kot sazah

kenapa pula nk normalisasi benda ni dgn mendowngradekan diri sama dgn konoha. ke acik ni leluhur sana so x pelik lahh
Quote sharlenetexas 24-7-2025 09:50 PM
Bro sister hong habis merah satu kepala.


Quote PULANGKAN 24-7-2025 10:06 PM
so.. lagi banyak garis merah, maksudnya, dah banyak kali berzina?

and.. orang zaman sekarang ni openly declare benda camtu? wow, bodoh betul

tapi di perspektif lain, senang la orang nak tapis sapa layak dibuat pasangan hidup, atau nak tapis menantu hantu

Quote Kerusijati 24-7-2025 10:15 PM
hmmlantakko replied at 24-7-2025 09:47 PM
kenapa pula nk normalisasi benda ni dgn mendowngradekan diri sama dgn konoha. ke acik ni leluhur s ...

Yelah ko jela betul
Quote hart_attack 24-7-2025 11:39 PM
Rekaan semata², netizen je yg heboh² kepoh² .helok jugak setazah tegur,skang ni cpt je bnda baru jd trend ikutan semua. Esok lusa ada la tu trend baru
Quote B40tastePosh 25-7-2025 01:40 AM
Laki bini kot...acik pun tak faham, kenapa nak berjimak sedangkan kita boleh berpuasa sunat
Quote miss_perfect 25-7-2025 01:50 AM
dua_chzy replied at 24-7-2025 05:52 PM
Garis merah yang connecting orang yang uols dah berhubungqn sex with. Dalam drama Kpop bertajuk S  ...

Bukan ke satu line tu maksudnya dia hanya berhubung intim dengan seorang tu je, tak kira lah berapa kali.
I tak tengok siri ni tapi nampak kat YouTube short, itulah yang I faham. So kalau ada satu line, kiranya dia setia la kat sorang tu. Yang bebudak ni lukis connecting lines banyak2 kat sorang tu je tak faham konsep ke apa.
Quote Suchi 25-7-2025 06:39 AM
Asma semua menda nak menggigil
Baik hang menggigil sbb budak sekolah agama ada lesbian suka meraba2 siap cium kemaluan junior bagai

Quote dua_chzy 25-7-2025 07:18 AM
miss_perfect replied at 24-7-2025 05:50 PM
Bukan ke satu line tu maksudnya dia hanya berhubung intim dengan seorang tu je, tak kira lah berap ...


Iya betul la. 1 line, 1 body count. Tengok gambar netizens yang si Asama tu gigil2 tengok, kan meka lukis banyak2 line tapi dengan orang sama. Means deols had sex dengan orang yang sama. Ntah2 laki bini. She din get the joke or hwat.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.098218 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top