CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Lelaki dakwa lihat satu kelibat makhluk halus seperti ‘pendekar’ di Bukit Jugra?

24-7-2025 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4211| Komen: 33



PETALING JAYA – Seorang lelaki yang mendakwa melihat satu kelibat makhluk halus ketika mendaki di Bukit Jugra, Banting mencuri perhatian netizen di media sosial.

Perkongsian oleh Bamjat di Threads memaparkan kelibat misteri itu dirakam secara tidak sengaja ketika dia memanggil rakannya yang berada di hadapan.

Apa yang menariknya, kelibat tersebut dilihat seakan-akan memakai pakaian tradisional pahlawan zaman dahulu.

“Pagi tadi solo naik bukit, aku saja rakam cari Kak Mala dekat depan, aku sorang dekat belakang dan tiada sesiapapun di belakang.

“Jadi bila aku tengok semula video ini tiba-tiba ada sorang dekat belakang aku tapi lepas beberapa saat kemudian sudah tiada sesiapa?” ujarnya pada hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengakui kawasan itu memang ‘keras’ dan sering dikaitkan dengan kejadian mistik.


“Bang, aku orang Banting pun tak berani nak mendaki sama ada pagi atau petang sebab dah pernah kena kacau waktu pergi sini,” kata Niyahshahj.

“Kawan saya pernah kena juga. Dia cakap mula-mula ada orang dekat belakang dia tapi dia laju sahaja ke depan. Lama-lama dia tengok sudah tiada orang,” balas Shalizaaziz.

“Fuh kau memang kental bang mendaki Bukit Jugra ini, seram tempat ini, semoga selalu dilindungi,” komen Amirul Asyraf.

Sementara itu, ada juga yang menasihati lelaki berkenaan agar tidak memanggil nama individu secara jelas ketika berada di kawasan hutan.

“Lain kali dalam hutan jangan panggil orang jerit-jerit macam ini takut benda lain menyahut ye. Bukit Jugra itu tempatnya keras,” tulis Iamleez.

“Abang, dalam hutan jangan panggil nama kawan itu sebut ‘woo’ atau ‘yuhuu’ sahaja,” kata Aalia Nazar. 


Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 24-7-2025 09:10 AM
kalau betul  member kat belakag tu da menyalak
Quote Samerosie 24-7-2025 09:11 AM
Edited by Samerosie at 24-7-2025 09:14 AM

Apo pendekar x memasal hakak tu kena fitnah jd jin. Dasar jantan kelepek.
Quote penmerah 24-7-2025 09:57 AM
Kuasa ahhhh nak caya
Asik2 dok pitonah Jin jembalang
Quote Radzor 24-7-2025 10:14 AM
mungkin anjing lebih jujur dari manusia
Quote swateng1 24-7-2025 10:23 AM
amende nampak kelibat pakai baju pendekar zaman dulu. aku nampak akak tu pakai tudung instant tu dgn seluar fit, pakai baju jersey jee.. kimekkk laaa. semua benda nk pitnah jin bukit jurga
Quote grouper 24-7-2025 10:42 AM
Geng content creator ni termasuk rasanya dalam fitnah akhir zaman...
Quote salimrock 24-7-2025 10:43 AM
member gua baru je pergi minggu lepas, wa nak ikut, tp ada hal lain pula...

nnti la wa nak g sana
Quote airfilterkotor 24-7-2025 10:58 AM
Dia bertukar jadi anjing ke?
Quote salimrock 24-7-2025 10:58 AM
ke ada org belajar silat kt situ?

boleh berubah menjadi anjir?

ada kt medsos cerita pendekar dulu2, ada tok guru ni boleh mengajar org berubah menjadi babi...
Quote harkktuih 24-7-2025 11:08 AM
kjap kata solo naik bukit, pastu kata nk panggil kawan kat depan plak..konpius..
Quote kucingitam 24-7-2025 11:13 AM
lagi terkejut aku tgk anjing tu.. ingatkan rimau masa mula2 tu..
Quote bulan_gerhana 24-7-2025 11:14 AM
tak hairan... paham kawasan sana... tapi x yah la ko ala2 unkel seeker plak nak uplod sana sini pasal ni.. org2 sana dah paham sgt kawasan tu.. bukan iols nak pitenah jin jembalang.. dah mmg kawasan tu utan even iols sendiri x pernah teringin nak hiking kat citu...  kui kui... dekat je dgn kg iols.. dedulu iols daki guna keta je sampai umah api tu je la.. tu pun dah almost 20 tawon yg lepas kott

bukit jugra tu kan ade kawasan yestana soltan.. sedia maklum kawasan hutan kann .. dan ko pun nak pi naik atas cer la baca2 sikit.. kot la hijab ko terbuka.. mmg ko nampak le.. kalau yg x terbuka.. mmg sampai kesudah ko xkan nampak .. hadoiii mana2 hutan pun ado je tempat makhluk halus ni..
Quote nisako 24-7-2025 11:43 AM
hmmmmmmm
Quote pisanggoreng 24-7-2025 12:59 PM
boleh lah korg geng berdua..

Hikhikhik Nenek siapa gelak kuat-kuat dalam hutan

[tiktok]7472358108795473170[/tiktok]
Quote PULANGKAN 24-7-2025 01:01 PM
oo.. ini bukan seram, yang ko pegi jalan sorang tu dah kenapa. bahaya tau dak jalan sorang dalam hutan, pastu jenis yang kosong pulak tu

tau ko datang dengan member, tapi jalan sama2 la, ni dah terpisah jauh

iols kalau tengok orang jalan sorang dalam tempat camni pun iols jalan dekat, teman.
ada sekali tu, akak perempuan katik jalan sorang. ada pokok tumbang tengah jalan, kesian la dia terkial-kial nak panjat, rentas jalan. itupun iols standby belakang dia takut jatuh tergolek. tapi alhamdulillah la sampai habis selamat

cerita weols lain seram dia, tapi level seram bongok je la
kami berempat masuk jungle trekking. mula2 aman ja, takde apa. seronok-seronok. halfway through, tinggal 3 orang. sorang tiba2 ghaib. kitorang menggelabah la. kawan iols sorang sampai azan bawah pokok mane ntah, dia suspect member terlintas ke alam lain kat situ. dasar kaki mastika. kitorang baca doa la keliling, nangis-nangis bagai. last2 patah balik, nak buat report

sekali tengok member elok je tengah goyang kaki, dok kat kerusi area parking. dia kata tak tahan nak terberak. memang kitorang maki marah dia la. dia minta maaf je sambil gelak2.
tapi dah lama lepas tu, baru iols perasan, lupa waktu marah2 tu. camane dia boleh balik laju, sampai ke toilet parking tu sorang? kalau berlari, mesti kitorang dengar bunyi tapak kasut tu. lepas tu bukan dekat, jauh lak tu

entah ape ilmu sheols pakai, atau sekadar berbekalkan hati yang cekal, dan bontot tak tertahan?
Quote batmana 24-7-2025 01:25 PM
sbb tu org melayu ni payah nk pi bulan, nk pi dasar laut
tiap sudut dia claim antu

ni baru pi hutan..klu pi marikh, mungkin setiap hari  akan ada video dikatakan entiti, makhluk halus mengiringi roket ke marikh bagai

buang masa / data betul..
Quote kurga 24-7-2025 01:43 PM
aku lagi terkejut camne tetiba ada anjing kat blkg dia.. tp video dia yg kedua tu nmpak lg org tu berjalan kat belakang dia.. cuma da jauh la kot
Quote Decaffeinated 24-7-2025 02:27 PM
Hantu melayu memang suka duduk dalam hutan eh, why?
Quote akies 24-7-2025 03:22 PM
Kalau hiking better bawa kawan.
Safety. Iols teringin gak kadang2 tp takpelah.
Ahahhaha

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.131814 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top